Chuari Selamat dengan Anugerah Seni Negara & Kakitangan asal Radio Klasik
![]() |
Azah Aziz |
Radio Klasik sedang merayakan dua dekad usianya dengan identiti dan kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan yang semakin mantap atas asas didedikasi para pendukung asalnya yang diwarisi oleh pendukung-pendukung barunya dengan terus berinisiatif, inovatif dan kreatif dalam semangat yang tinggi.
Dengan penghayatan terus menerus terhadap pemeliharaan pusaka bangsa dan dengan adanya khazanah muzik lagu-lagu lama di RTM dan iltizam yang tinggi terhadap matlamatnya maka saya mempunyai keyakinan bahawa Radio Klasik akan terus maju dan bertambah popular dengan cara tersendiri yang tidak boleh ditandingi oleh stesen radio swasta lain.
Kelahiran Radio Klasik Nasional ketika saya menjadi Menteri Penerangan lebih 20 tahun lalu sebenarnya bukanlah mudah, tersembunyi halangan dan tentangan tetapi sebaik sahaja dilancarkan saya mendapat kerjasama yang hangat dan mudah kerana telah tersedia ramai kakitangan dan pegawai yang sedar bahawa Radio Nasional telah melencong jauh dari matlamat asal dan tidak lagi diminati ramai.
Banyak yang yang tidak tahu rahsia kelahiran radio ini. Maka itu eloklah saya mengenangnya semula ketika perayaan usianya yang semakin remaja yang memerlukan setiap pendukung mempunai kesedaran dan insipirasi yang terus tinggi dan komitment yang sebati bagi meneruskan perjuangan untuk berada pada kedudukan tertinggi sebagai juadah nanyian bangsa dan negara, .
Sebenarnya Radio Klasik berasal dari Radio Nasional.
Apabila Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil menjadi Menteri Penerangan beliau menukarkan nama RIMA FM93.9(Radio Irama Melayu) yang siarannya terbatas kepada Lembah Klang kepada nama Radio Klasik tetapi menerima bantahan yang hangat apabila beliau mahu mencampur adukannya dengan lagu lama Inggeris, China dan India.
RIMA telah diinisiatifkan oleh Menteri Penerangan Tan Sri Mohamad Rahmat.
Bantahan itu termasuk dari budayawan Rais Yatim dan ramai peminat-peminat lagu-agu Melayu Rhetro. Saya sebagai Timbalan Menteri ketika itu hanya panas di hati tetapi Kadir menuduh saya berada di belakang bantahan

ini.
Dalam masa yang sama Radio Nasional sudah tidak lagi mampu menyaingi rangkaian radio-radio swatsa yang lain dan pendengarnya jatuh merudum kepada kurang 200,000.
Apabila saya mengambilalih dari Tan Sri Kadir sebagai Menteri Penerangan 2006-2008), saya teringat harapan Kak Azah( Azah Aziz isteri kepada Professor Ungku Aziz) yang selalu menyatakan pada saya semasa saya menjadi Timbalan Menteri agar siaran RIMA diperluaskan keseluruh negara kerana apabila beliau kembali ke Johor tidak lagi dapat mendengarnya. Sebenarnya ini sungutan menyeluruh.
Yang peliknya sebaik sahaja cadangan ini tersebar dalaman maka ada bantahan senyap di pihak Radio Nasional yang menulis surat kepada Forum Pembaca Utusan Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak tahu apakah sebab mereka membantah tetapi prasangka saya mereka yang berkepentinagn takut hilang kedudukan masing2 dan banyak peluang aktiviti siaran di luar yang terpaksa dipotong dan akan melibatkan rezki mereka.

Sebaik sahaja menjadi Menteri Penerangan, saya mencadangkan supaya Radio Klasik(asal RIMA) dijadikan siaran nasional tetapi saya terkejut kerana memerlukan peruntukan RM 50juta kerana perlu mengadakan pencawang baru di seluruh negara bagi rangkaian baru.
Saya terfikir kenapa tidak ditukar sahaja Radio Nasional yang sudah tidak didengar ramai kepada Radio Klasik.
Yang peliknya sebaik sahaja cadangan ini tersebar dalaman maka ada bantahan senyap di pihak Radio Nasional yang menulis surat kepada Forum Pembaca Utusan Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak tahu apakah sebab mereka membantah tetapi prasangka saya mereka yang berkepentinagn takut hilang kedudukan masing2 dan banyak peluang aktiviti siaran di luar yang terpaksa dipotong dan akan melibatkan rezki mereka.
Soalan yang ditimbulkan bagaimana pula dengan Radio Klasik(RIMA) yang terbatas di Lembah Klang sekiranya wujud Klasik Nasional. Saya mencadangkan rangkaian itu diberikan kepada Bernama untuk dijadikan Radio Berita 24 jam.Ini juga terima bantahan dalaman kerana diberikan percuma.
Tanpa sebarang upacara pelancaran besar-besaran, maka Radio Klasik Nasional akhirnya dilancarkan dalam tahun 2006 tanpa sebarang perbelanjaan kecuali penghapusan nama Radio Nasional yang dipenuhi dengan lagu lagu Rhetro,lagu lama Melayu dan juga lagu -lagu nostalgia.
Saya meminta supaya semua program bicara termasuk program agama diringkaskan dan lagu -lagu nasyid tidak seharusnya berunsur keAraban. Radio Klasik Nasional mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam masa singkat.
Dalam masa hanya beberapa bulan telah meningkat dari 200,000 kepada 500,000 dan tidak sampai setahun telah meningkat kepada lebih satu juta pendengar.
Orag kuat di belakang Radio Klasik ini ialah Pengawalnya Chuari Selamat yang juga sebelumnya Pengawal RIM dan beliau dibantu oleh orang-orang berjiwa sama seperti Rosni Yusuff (Isteri kepaa Allah yarham Ibrahim Bachik) ,Rosle Drani,Akbar Nawab (telah bersara) dan beberapa orang lagi yang pandai memilih lagu-lagu mengikut selera pendengar
Suatu kebakaran kecil yang berlaku di RTM telah menyebabkan banyak khazanah lagu-lagu Melayu lama yang hanya ada dalam simpanan RTM turut terbakar. Chuari Selamat segera membuat pengumuman meminta mereka yang mempunya simpanan piring hitam atau kaset dan sebagainya lagu-lagi lama agar menyumbagkannya kepada RTM untuk penerusan Radio Klasik. Diantara yang telah memberikan sumbangan besar ialah seorang Iban dari Sarawak yang pernah menjadi pelayar kapal. Namanya Lucas Josnny ( seorang Islam) dan juga Datuk Sri Adnan Bin Yaakob Menteri Besar Pahang.
Chuari Selamat dan rakan-rakan seangkatan dengannya telah pun bersara tetapi nama mereka telah sebati dengan Radio Klasik .Namanya tinggal Radio Klasik tanpa perkataan Nasional kerana ada pihak dalam RTM yang mahu menghidupkan kembali Radio Nasional. Mereka menukar Radio Muzik kepada Radio Nasional tetapi tidak mendapat sambutan. Radio Klasik tanpa Nasional tetap harum dan paling popular sebagai satu-satunya radio yang menjadi kebanggaan negara sekarang.
Ini sahajalah yang saya tinggalkan di Angkasapuri dan kawan-kawan yang terus menghayati cita-cita nasional walaupun tidak sesubur dulu.

Saya ucapkan Tahniah kepaa Radio Klasik yang meningkat keusia remaja dalam keindahan dan keagungan lagu klasik yang diharapkan akan terus diwarisi oleh generasi baru kita atas inisiatif dan inovatif pewaris untuk menghadapi cabaran-cabaran baru di dunia muzik.
Kita telah membuktikan kita boleh malah semakin hebat.
Hidup Radio Klasik!.