ANALISA : BN SELANGOR CALONKAN PEMIMPIN AKAR UMBI, PELUANG MENANG CERAH

Sebentar tadi Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam PRU ke-14. Walaupun diuji dengan terputusnya bekalan elektrik, majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional Negeri Selangor:

P 092 Sabak Bernam
Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N 01 Sungai Air Tawar
Rizam Ismail

N 02 Sabak
Sallehudin Mohd Iskan

P 093 Sungai Besar
Budiman Zohdi

N 03 Sungai Panjang
Imran Tamrin

N 04 Sekinchan
Lee Yee Yuan

P 094 Hulu Selangor
Datuk P Kamalanathan

N 05 Hulu Bernam
Datuk Rosni Sohar

N 06 Kuala Kubu Baru
Datuk Wong Koon Mun

N 07 Batang Kali
Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P 095 Tanjong Karang
Tan Sri Noh Omar

N 08 Sungai Burong
Datuk Samsudin Lias

N 09 Permatang
Datuk Sulaiman Abdul Razak

P 096 Kuala Selangor
Datuk Irmohizam Ibrahim

N 10 Bukit Melawati
Jakiran Jacomah

N 11 Ijok
K Parthiban

N 12 Jeram
Zahar Azlan Ariffin

P 097 Selayang
Kang Meng Fuat

N 13 Kuang
Datuk Shukor Idrus

N 14 Rawang
Chan Wun Hoong

N15 Taman Templer
Datuk Md Nasir Ibrahim

P 098 Gombak
Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin

N 16 Batu Caves
Datuk N Rawisandran

N 17 Gombak Setia
Datuk Megat Zulkarnain Megat Omardin

N 18 Hulu Kelang
Ismail Ahmad

P 099 Ampang
Liong Kim Soon

N 19 Bukit Antarabangsa
Salwa Yunus

N 20 Lembah Jaya
Mohd Nizam Zain

P 100 Pandan
Leong Kok Wee

N 21 Pandan Indah
Mohd Haniff Roslan

N 22 Teratai
Liew Pok Boon

P 101 Hulu Langat
Azman Ahmad

N 23 Dusun Tua
Mohd Zin Isa

N 24 Semenyih
Johan Abdul Aziz

P102 Bangi
Liew Yuen Keong

N 25 Kajang
Teh Yeow Meng

N 26 Sungai Ramal
Abdul Rahim Mohd Amin

N 27 Balakong
Lim Chin Wah

P 103 Puchong
Ang Chin Tat

N 28 Seri Serdang
Chang Toong Who

N 29 Seri Serdang
Mohammad Satim Diman

P 104 Subang
Tan Seong Lim

N 30 Kinrara
Chiew Kai Heng

N 31 Subang Jaya
Chong Ah Watt

P 105 Petaling Jaya
Chee Hian Tat

N 32 Seri Setia
Yusoff M Haniff

N 33 Taman Medan
Abduk Mutalif Abd Rahim

N 34 Bukit Gasing
Chai Ko Thing

P 106 Damansara
Ho Kwonk Xheng

N 35 Kampung Tunku
Tan Gim Tuan

N 36 Bandar Utama
Chng Soon Chau

N 37 Bukit Lanjan
Syed Abdul Razak Syed Ling Alsagof

P 107 Sungai Buloh
A Prakash

N 38 Paya Jaras
Zein Isma Ismail

N 39 Kota Damansara
Halimahton Saadiah Bohan

P 108 Shah Alam
Azhari Shaari

N 40 Kota Anggerik
Jumaeyah Masdi

N 41 Batu Tiga
Ahmad Muadzam Shah Yaakop

P 109 Kapar
M Mohana

N 42 Meru
Khairuk Anuar Saimun

N 43 Sementa
Saroni Judi

N 44 Selat Klang
Dr Mohd Khairi Hussin

P 110 Klang
Ching Eu Boon

N 45 Bandar Baru Klang
Teoh Kah Yeong

N 46 Pelabuhan Klang
Sheikh Raj Sheikh Ahmad

N 47 Pandamaran
Tee Hooi Ling

P 111 Kota Raja
V Gunalan

N 48 Sentosa
R Subramaniam

N49 Sungai Kandis
Kamaruzzaman Johari

N 50 Kota Kemuning
Tiew Hock Huat

P 112 Kuala Langat
Shahril Sufian Hamdan

N 51 Sijangkang
Sulaiman Karli

N 52 Banting
Ng Siok Hwa

N 53 Morib
Rozana Kamarulzaman

P 113 Sepang
Marsum Paing

N54 Tanjong Sepat
Dr Karim Mansor

N 55 Dengkil
Shahrum Mohd Shariff

N 56 Sungai Pelek
Ng Chok Sin


Daripada senarai tersebut, ramai pemimpin di peringkat Bahagian parti komponen BN dicalonkan dalam PRU kali ini. Calon-calon payung terjun dari luar pula tidak kelihatan. Dalam hal ini, penulis mendapati pencalonan tersebut sangat berkesan kerana ianya akan memantapkan lagi pergerakan jentera parti di peringkat PDM, DUN dan Parlimen. Ianya akan meningkatkan lagi bilangan ahli dan penyokong parti untuk keluar mengundi pada 9 haribulan nanti. Peningkatan keluar mengundi blok pengundi putih ini memastikan peluang untuk menang lebih cerah kerana undi atas pagar belum dapat dipastikan bilangannya lagi.


Sementara blok pengundi pembangkang telah berpecah kepada Pakatan Harapan dan PAS, BN boleh 'jalan terus' berkempen dan memastikan kemenangan di pihak mereka. Tempoh pengumuman yang dibuat lebih awal memberi kelebihan kepada BN berbanding Pakatan Harapan yang masih belum dalam melengkapkan senarai calon mereka akibat perbalahan dalaman PKR.


Sungguh pun begitu, pencalonan dari pemimpin akar umbi mungkin kurang dikenali oleh pengundi atas pagar dan pengundi baharu. Berbanding PAS yang ada mencalonkan penceramah agama popular sebagai calon, menjadi tugas tambahan kepada BN untuk memperkenalkan calon sama ada secara bersemuka atau melalui media siber.


Bagi Negeri Selangor, sudah tentunya calon-calon perlu memaksimakan pengguna media sosial untuk memperkenalkan diri memandangkan kadar capaian internet melebihi 90% di negeri ini. Pemerhatian secara rambang mendapati, ada calon-calon kali ini belum cukup mudah untuk dijumpai apabila di'Google' nama mereka. Penulis suka untuk memetik kenyataan Bridget Welsh, seorang pemerhati politik dari luar negara: 
Welsh turut membangkitkan tinjauan yang menunjukkan lebih satu pertiga pengundi berdaftar masih berada di 'atas pagar', menjadikan tempoh kempen lebih penting.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan lebih penting yang perlu dibuat bukannya pihak mana yang perlu diundi, tetapi sama ada perlu keluar mengundi.

"Parti mana yang mampu membawa pengundinya keluar akan mendapat kelebihan. Jentera BN lebih kuat tetapi dengan mengambil kira rasa tidak suka pengundi BN sendiri terhadap Najib, ia bukan jaminan.

"Halangan pembangkang (HARAPAN) pula lebih besar selepas kehilangan PAS yang dahulunya menjadi tulang belakang jentera Pakatan Rakyat," katanya.

Pada akhirnya, katanya lagi, segmen pengundi ini yang perlu ditumpukan HARAPAN dan BN.

"Kedua-dua BN dan pembangkang yakin akan menang, tanpa melihat betapa ramai pengundi yang hanya berada di tepi, memerhati dan memikirkan pihak mana yang akan dipilih.
Sebagai penutup, strategi BN kali ini dengan menyusun dan merapatkan jentera parti melalui pemilihan pemimpin-pemimpin akar umbi sudah pasti akan membuahkan hasil sekiranya pemimpin-pemimpin ini dapat memastikan pengundi putih mereka keluar mengundi. Mereka juga perlu meminimakan jumlah ahli parti terutamanya UMNO yang bersimpati dan memberi undi kepada pembangkang kerana 'faktor Tun Mahathir'.

*Semoga berjaya.



Subscribe to receive free email updates: