WAHAI TAN SRI MUHYIDDIN, KENAPA NAMA ANAK TAN SRI ....NAJWA MAHIADDIN

Isu nama Tan Sri Muhyiddin tiba-tiba ditimbulkan oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Muhyiddin lah, bukan Mahiaddin


GAMBIR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memastikan namanya dieja dengan tepat.

Permintaan tersebut dibuat oleh presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu selepas mendapati ejaan namanya di laman web SPR adalah dari MyKad - 'Mahiaddin Bin Md Yassin' dan bukannya 'Tan Sri Muhyiddin Yassin', yang telah dipilihnya untuk digunakan pada kertas undi.

"Nama yang saya pilih untuk digunakan adalah apa yang saya gunakan dalam semua pilihan raya sebelum ini.

"Saya hairan mengapa SPR memilih untuk menggunakan nama saya yang lain," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan di Bukit Gambir pada Ahad.

Beliau berkata, ia adalah kali pertama SPR tersilap namanya, walaupun ia jelas dinyatakan dalam dokumen pencalonannya.

Muhyiddin berkata, tindakan SPR itu akan menyebabkan nama 'Mahiaddin' dicetak pada kertas undi.

"Ini akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengundi," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah mengarahkan wakilnya supaya memaklumkan perkara tersebut kepada SPR supaya membuat perubahan yang diperlukan.

"Mereka (SPR) mesti mencetak nama yang telah saya nyatakan untuk kertas undi.

"Jika tidak, saya akan membuat aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.

Cuma kami pelik, isu nama boleh jadi isu. Kerana nama Mahiaddin juga digunakan oleh anak Tan Sri semasa menjadi artis.


Info dari Wikipedia :

Najwa Mahiaddin (dilahirkan pada tahun 1986) ialah seorang penyanyi dan penerbit rakaman kelahiran Malaysia. Selain itu, beliau merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sepanjang kerjayanya, beliau telah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18. Pada tahun 2011, beliau melanjutkan pelajaran di Berklee College of Music, Boston.

Untuk urusan pilihan raya, sememangnya SPR akan menggunakan nama yang tertera dalam kad pengenalan calon. Sekiranya nama Mahiaddin adalah nama dalam kad pengenalan Tan Sri, maka tidak salahlah tindakan SPR.

Subscribe to receive free email updates: