Nampak gayanya, Rejim Pakatan Baru ini mula menepati janji yang telah dibuat kepada rakyat. Diantara yang akan dilaksanakan ialah mengecilkan jumlah penjawat awam yang sedia ada.
Alasan yang diberikan ialah kerana Rejim Pakatan yang baru ini hanya mempunyai saiz kementerian yang kecil. Maka atas dasar itu, jumlah penjawat awam yang ramai tidak lagi diperlukan.
"times new roman" , serif;">Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rejim Pakatan Baru itu membangkitkan kebimbangan dikalangan penjawat awam yang tidak berapa yakin mampu diserap masuk ke agensi swasta.
Desas desus mengatakan bahawa kemungkinan penjawat awam yang akan digugurkan adalah dari kalangan mereka yang mempunyai Gred Rendah serta berstatus Kontrak Sementara.
Turut menjadi tular melalui laman media sosial semalam, seramai 500 orang penjawat awam berstatus kontrak di Putrajaya telah ditamatkan perkhidmatan mereka secara serta merta.
Turut menjadi tular melalui laman media sosial semalam, seramai 500 orang penjawat awam berstatus kontrak di Putrajaya telah ditamatkan perkhidmatan mereka secara serta merta.
Apa yang pasti, setatus penjawat awam yang sedia ada hari ini bakal tergugat dibawah Rejim Pakatan yang baru. Sebaliknya, kedudukan mereka hanya akan ditentukan oleh agensi swasta. Itu pun kalau mereka layak untuk terus bekerja dengan agensi tersebut!!!