Akhirnya polemik Politik Longkang Rejim Pakatan mengenai Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berakhir apabila Menteri Kewangan Rejim mengumumkan semalam bahawa projek itu akan diteruskan.
Ironinya, projek ini tidak mungkin akan dibatalkan memandangkan EPIC, CMC dan T7 Global adalah merupakan syarikat - syarikat yang mempunyai kepentingan besar di dalam projek.
Mana mungkin T7 Global yang dimiliki oleh Vincent Tan dibatalkan. Baca rencana The Edge di bawah. Macai Rejim Pakatan Haprak Tomato dan budak Kpop WeChat kenal siapa Vincent Tan?
Jika sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu mendakwa kononnya projek mega yang diasaskan oleh Kerajaan Barisan Nasional itu sebagai sebuah projek yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.
Malah mereka juga turut membuat dakwaan kononnya projek itu menyebabkan kedaulatan Negara tergadai kepada Negara China selaku pelabur utama. Tapi hari ini semua itu sudah berubah.
Kos asal projek ECRL yang dicetuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional itu hanya mencecah sebanyak RM 55 billion. Namun jumlah itu dinaikkan oleh Majlis Penasihat Rejim Pakatan sebanyak RM 11 billion.
Sekarang, dengar ceritanya, kos pembinaan projek tersebut terus meningkat sebanyak RM 70 billion, peningkatan sebanyak 15 billion dari kos asal yang dicadangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Bijakkan Rejim Pakatan Haprak ni menguruskan kewangan Negara dalam keadaan hutang sebanyak RM 1 Trillion? Sempat lagi diorang bagi pada kroni 15 billion duit rakyat secara percuma. Yang pengikut Rejim Pakatan dapatn apa? Bau hancing sebagai pewangi harian!!!