KEEGOAN TENGKU RAZALEIH MEMAKAN DIRI SENDIRI. TABEK HORMAT PADA ZAHID HAMIDI

Terbukti cerah jelas keegoan Tengku Razaleigh Hamzah telah memakan dirinya sendiri dengan parahnya. Beliau mejangka masa depan Khairy Jamaludin bekas Ketua Pemuda yang  menentangnya  dalam pencalonannya sebagai Presiden UMNO tidak ada tempat lagi dalam UMNO jika kalah tetapi sekarang beliau sendirilah yang sudah tidak ada lagi masa depannya dalam UMNO.

Beliau mengukur dirinya sebagai seorang veteran UMNO yang paling layak untuk menjadi Ketua Pembangkang menentang PM Tun Mahathir dalam Parlimen tetapi ternyatalah beliau  hanya akan kekal sebagai suara Guan Musang

Tengku Lee telah tertinggal jauh kebelakang berbanding dengan pencabar-pencabarnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 93 undi,Khairy Jamaluddin 51 dan beliau hanya mendapat 23 undi.

Kedudukannya  yang terkebawah sekali  membuktikan bahawa nama Tengku Razaleigh kukuh berada dalam arena politik tanah air sejak berabad, sejak zaman Tun Abdul Razak PM Kedua tetapi tenyata namanya tidak tertanam di hati akar umbi ahli UMNO. Sebab utamanya adalah beliau tidak menunjukkan iltizam dalam perjuangan UMNO selepas kekalahannya  dengan Tun Dr.Mahatir selain dari perjuangan untuk menjadi Perdana Menteri dan yang terakhir untuk jadi Presiden UMNO.

Ahli-ahli UMNO juga tidak dapat melihat komitmen  dengan dalam  pergolakan  politik UMMO dan tekanan dari luar parti untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan pemerintahan BN sebaliknya beliau terus membuat langkah dan hitungan politik untuk survivalnya sendiri. Orang UMNO sudah terlalu cerdik untuk membaca permainan politik ini.

Dengan penolakan oleh UMNO maka imejnya yang semakin kukuh ialah sebagai wakil rakyat  Gua Musang terutama mewakili orang asli  dan tidak mewakili UMNO dan politik diperingkat Nasional. Beliau memikirkan bahawa beliaulah yang paling layak untuk mencabar PM Tun Mahathir  sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen tetapi ternyata pengukuran dirinya sendiri itu berbeza dengan penilaian akar umbi UMNO walaupun mungkin dilihat layak oleh orang di luar UMNO.

Khairy walaupun kalah tetapi mungkin masih mempunyai harapan masa depan dalam parti sekiranya Presiden boleh memberikan tempat yang sesuai kepadanya  dalam parti kerana beliau mempunyai beberapa kualiti yang boleh menarik minat generasi baru kepada UMNO.

Orang UMNO marah kepadanya kerana dalam krisis Najib ternyata beliau  seorang pemimpin yang tidak mempunyai  pendirian dan sikap  yang ikhlas yang hanya berani mengkritik pemimpin setelah dia jatuh. Dia adalah oportunis  besar.

Kemenangan Datuk Zahid Hamidi adalah kerana kesetiaannya kepada parti (UMNO) ,kepada Ketua dan fahamannya kepada politik yang mendarah daging dalam dirinya iaitu tidak ada rakan yang kekal dan musuh yang abadi dalam politik dan  beliau  tidak menolak bahawa wang adalah sangat  penting untuk pengukuhan pengaruh dalam politik dan  parti..

Zahid telah membuktikan bertaat setia kepada semua ketuanya dalam parti (UMNO) dan dengan kualiti  Hang Tuah inilah beliau berjaya menempa sejarah  menjadi Presiden UMNO yang ketujuh dalam keadaan yang paling tercabar dan UMNO tidak lagi mempunyai kuasa. Tugasnya amat berat dibandingkan dengan presiden -presiden UMNO terdahulu. Beliau memerlukan sokongan padu dalam parti.

Subscribe to receive free email updates: