PELABUR ASING TIDAK PERCAYA KEPADA PIMPINAN MASA DEPAN NEGARA INI

Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir berkata pelabur asing tidak menerima secara positif  usaha kerajaan untuk menambah baik keadaan ekonomi  dan kewangan yang menyebabkan pengaliran keluar modal sebaliknya mereka  lebih suka  menerima pembohongan dari kebenaran.

Sebenarnya pelabur asing tidak dapat memberitahu kebenaran yang mereka nampak yang Tun Dr.Mahathir tidak nampak.Mereka tidak mempercayai kepada kestabilan politik,pentadbiran,ekonomi dan keselamatan   negara selepas Tun tidak ada lagi.

Mereka tidak percaya kepada hierarki yang akan ditinggalkan oleh pemerintahannya yang pendek  dalam  keadaan yang belum mantap.

Jangka hayat Tun Mahathir yang telah memasuki 93 tahun  tidak dapat mereka pastikan  dan mereka juga tidak yakin kepada warisan kepimpinan yang diamanahkan kerana beliau sendiri tidak pasti.

Walalpun  Mahathir telah menyatakan bahawa beliau akan menyerahkannya selepas dua tahun kepada Anwar Ibrahim  tetapi beliau dapat menciumi perasaan rakyat. Maka itu dalam  kenyataan terakhirnya beliau menyatakan akan  berkhidmat selagi dikehendaki oleh rakyat.

Pelabur-pelabur asing tidak dapat mempastikan apakah perpaduan Pakatan Harapan akan kekal tanpa pimpinan  Mahathir yang telah membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan bukan atas dasar kekuatan atau jumlah besar ahli tiap parti komponen PH tetapi atas sokongan rakyat yang melampaui batas parti yang bersatu dalam kebencian  kepada kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Rosmah.

Keyakinan kepada Anwar Ibrahim  sebagai bakal Perdana Menteri  terhakis dengan bagitu parah apabila beliau membuat kesilapan  sebaik sahaja dibebaskan dengan membanggakan " Dari Penjara ke Istana" sedangkan rakyat berada dalam kemarahan  kerana mengetahui ada usaha Istana untuk melewatkan Mahahtir  mengangkat sumpah sebagai  Perdana Menteri.

Dengan tindakannya itu menyebabkan popularitinya di kalangan bukan Melayu  dan juga generasi Melayu baru merosot kecuali dikalangan penyokong-penyokong fanatiknya.Tindakan orangnya mengkritik perlantikan kabinet awal Mahathir juga telah memalit namanya.

Walaupun Azmin Ali telah dilihat sebagai berpotensi untuk megantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri  dengan  imej besar kecekapan dan kepintarannya   sebagai MB Selangor yang berjaya menghadapi berbagai cabaran politik,ekonomi dan pentadbiran  dan keluar dari Selangor tanpa tercalar seperti menteri-meneri besar terdahulu  tetapi beliau tidak berpengalaman dan tidak pernah teruji diperingkat pusat.


Pada pandangan pelabur-pelabar  asing kedudukan kerajaan PH belum mantap  dan belum keluar dari  Trust Deficit yang yang ditinggalkan oleh kerajaan  kleptokrasi Najib dan Tun Mahathir terpaksa bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat  dalam masa yang amat terbatas baginya.

Ketidakyakinan pelabur asing terhadap kepimpinan masa depan negara ini selepas Mahathir adalah penyebab utama mereka keluar dari Malaysia walaupun mereka nampak ada usaha untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan berbagai langkah telah diambil bagi memperbaiki ekonomi dan keadaan kewangan negara ini.

Ini adalah pandangan saya yang terus terang dan ikhlas. 

Rakyat Malaysia  hanya dapat berdoa agar Allah memberikan masa yang secukupnya  kepada Tun Mahathir untuk memulihkan negara ini. 

Subscribe to receive free email updates: