PERTUMBUHAN LIAR MESTILAH DIBENDUNG DAN DIKAWAL
Apabila saya mengesorkan maahad tahfiz ditutup,timbul kegemparan digemparkan oleh mereka yang hanya membaca tajuk tulisan saya tanpa isinya lalu membangkitkan emosi bersifat tidak sehat, fanatik dan hysteria.Mungkin juga kerana saya tidak menekakan sekolah tahfiz yang saya maksudkan ialah sekolah persendirian
Saya tetap dengan pendirian saya bahawa kerajaan terutamanya jabatan-jabatan agama negeri mestilah menutup sekolah tahfiz yang didirikan tanpa keizinan dan mencegah pertumbuhannya lebih banyak secara liar. Cukuplah setakat yang ada kerana perkembangannnya yang tidak terkawal akan menjadi masalah besar kepada kerajaan sama seperti sekolah-sekolah persendirian Cina yang mulannya mahu bebas tetapi akhirnya berharap menyertai arus perdana dengan meminta pengikhtirafan kerajaan.
Pertumbuhan sekolah pondok sejak dari zaman penjajah dan sekolah Cina persendirian sama asas dan motifnya untuk menjadi kuat dalam dunia masing-masing dengan keperibadian tersendiri walapun sudah ada sekolah kerajaan sejak di bawah penjajahan British.
Sekolah persendirian Cina dan sekolah persendirian tahfiz sebenarnya tidak mahu tercicir dari arus perdana tetapi mereka hanya berasa ketinggalan dan kelemahan setelah menghadapi masalah kewangan dan pengikhtirafan masyarakat dan negara.
Di Negeri Kedah dan Perlis kesedaran di kalangan Istana sejak sebelum merdeka terhadap perlunya diberikan nilai sekular kepada sekolah-sekolah Arab Agama dengan mengadakan kurikulum dan kokarikulum seperti sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris kerajaan telah melahirkan pelajar-pelajarnya yang tidak sahaja mempunyai displin keugamaan yang teguh tetapi lebih terbuka minda dari keluaran pondok dan lebih luas pasaran mereka.Kebanyakan mereka menyertai sekolah malam atau petang Inggeris di zaman Inggeris atas kesedaran sendiri.Mereka tidak mahu hanya sekadarkan menjadi ustaz dan pak lebai.
"ubuntu" , "cantarell" , "fira sans" , "droid sans" , "helvetica neue" , "arial" , sans-serif; font-size: 20px;">Saya tidak napikan adanya keluaran tahfiz yang berjaya tetapi jumlah mereka amat lah kecil dibandingkan dengan produk dari Sistem Pelajaran Kebangsaan tetapi mereka tidak seharusnya melalui zaman yang sukar dan tertekan dengan segala kekurangan untuk mencapai kejayaan sedangkan negara menyediakan segala kemudahan untuk berjaya sebagai anak-anak Islam yang lebih mempunyai keyakinan diri,bernilai nasional dan sejagat dari peringkat rendah lagi.
Mereka menjadi mangsa kepada kefanatikan ibubapa yang melihat agama dalam nilai terbatas dan sempit.
Sebenarnya tidak sahaja sekolah-sekolah Cina persendirian yang mendatangkan masalah politik dan sosial pada negara bila mereka menyedari telah tesisih dari aliran perdana dan menuntut pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) untuk meletakan mereka setaraf dalam arus perdana , sekolah-sekolah tahfiz juga telah mendatangkan masalah yang sama malah akan mendatangkan masalah yang lebih besar jika tidak dikawaldengan tegas dari sekarang.
Kerajaan tidak boleh mengharapkan kepada Jabatan-Jabatan Agama Negeri dengan sistem pentabiran yang lapuk dan berteradisi untuk mengatasi masalah ini.Kita tidak tahu angka sebenar sekolah-sekolah tahfiz yang masih terbiar dan tidak bernilai.
Tetapi arahan Raja Muda Perlis Tunku Syed Faizuddin Putra Jamalullail supaya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis membuat kajian bagi mewajibkan atau tidak semua maahad tahfiz ditutup kerana tidak menawarkan Sjil Pelajaran Malysia adalah membayangkan kemungkinan majlis-majlis agama di lain-lain negeri juga tidak menjalankan tugas ini dan membiarkan sekolah sekolah tahfiz tanpa jaminan masa depan kepada anak-anak untuk mendapat pelajaran yang sempurna kecuali menghafal Quran.
Allhamudillah Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr.Mahathir telah menampakan kesedaran terhadap kelemahan dalam pengurusan hal ehwal Islam di negara ini dengan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh agama dan akademik yang profesional bagi menambah baik insistusi -istitusi Islam di peringkat Persekutan untuk bertanggungjawab menyebar luas nilai kesejagatan Islam di negara ini.
Tahniah kepada Raja-Raja Melayu yang dari dahulu lagi mahukan dinamisma dalam usaha meningkatkan taraf Islam di negara ini telah memperkenankan penubuhan jawatankuasa itu.