Saya kenal Tan Sri Abdul Rahim Noor mantan Ketua Polis Negara sejak tahun 80 an dan tentunya sebagai Pengarah Polis Cawangan Khas dia lebih banyak tahu tentang saya tetapi sebagai wartawan saya juga tahu banyak tentangnya sebab ada kalanya tembok juga bercakap.
Beliau amat berbangga dengan jawatannya sebagai anggota polis.Mungkin kerana menerusi profesion ini ,banyak ruang bagi beliau beliau mengisi semangat nasionalisme dan patriotisme yang difahami bagitu mendalam berasaskan kepada anti komunisme yang terlatih di bawah British dan pengalaman dalam proses kemerdekaan.
Zamannya menjadi KPN adalah zaman anggota-anggota polis mempunyai perasaan bangga diri yang tinggi kerana beliau memberikan perhatian utama kepada kebajikan dan maruah profesion mereka.
Maka itu jika orang tidak menghormati anggota polis atau menghina profesionnya,beliau boleh hilang sabar dn melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.Beliau adalah seorang temperamental.
Pada suatu hari beliau telah menarik balik semua anggota polis trafik dari bandar Kuala Lumpur yang menyebabkan keadaan kacau bilau dan kesesakan yang teruk bila Pengarang NST Kadir Jasin( Sekarang Penasihat Komunikasi PM) menegur kegagalan polis mengawal
Saya mendapat tahu jika ada kes rompakan ,mungkin pegawai pegawainya sahaja tetapi jika ada kes rompakan berserta dengan rogol maka beliau sendiri yang akan datang menyiasat tanpa mengira waktu.Beliau digeruni dan ditakuti oleh banduan.
Beliau juga telah bertindak keras apabila perompak-prompak Indonesia yang di tahan telah membunuh anggota polis.
Parti-parti pembangkang dan wartawan-wartawan mengecam hebat tindakan Operasi Lalang ketika Tan Sri Hanif Omar menjadi KPN yang menyebabkan akhbar The Star,Sin Chew Jit Poh dn Watan digantung lesen beberapa bulan dalam tahun 87.
Sebagai Ketua Pengarang akhbar arus perdana masa itu, saya merasakan ketidak adilan kerana kerajaan tidak bertindak terhadap akhbar-akhbar yang membakar perasaan perkauman rakyat dengan isu -isu sentisitif tetapi hanya sering memberi perhatian terhadap Utusan dan Berita Harian. Keadaan kembali seperti suasana media sebelum peristiwa 13 Mei.
Saya masih ingat akhbar The Star secara bijak meletakan gambar orang Cina yang miskin sedang makan makanan seadanya di bawah gambar Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung menikmati makanan yang mahal.Ketua Pengarangnya V.K. Chin yang moderate tidak dapat mengawal pengarang-pengarang kanannya.
Apabila Operasi Lalang diancarkan,saya berada di Bali bersama dengan Ketua-Ketua Pengarang akhbar lain termasuk V.K.Chin (mendiang) ,CC.Liew Ketua Pengarang akhbar Sin Chew Jit Poh dan lain-lain ketua pengarang.Sidang akhbar mengenai Operasi Lalang itu disiakran secara langsung yang menyebabkan kami wartawan-wartawan Malaysia meninggalkan persidangan pengarang-pengarang ASEAN untuk menonton.
V.K.Chin dan C.C. Liew benar-benar diserang panik dan gementar .Mereka mejangka akan ditangkap di lapangan terbang Subang bila pulang.Saya menenangkan mereka dengan jaminan tidak

akan berlaku demikian.Memang tidak berlaku sebaliknya hanya dipanggil ke Bukit Aman untuk di doktrinasikan oleh Pengarah Polis Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor. Akhbar Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan digantung penerbitan mereka dan dibenarkan terbit semula beberapa bulan kemudian.
Sejak itu hubungan Rahim dengan para pengarang akhbar semakin rapat.
Beberpa bulan sebelum ditandatangani perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya(PKM) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai pada 2 Disember 1989,Tan Sri Rahim telah mengambil beberapa orang Ketua Pengarang akhbar Perdana dan termasuk saya V.K.Chin dan Abdul Rahman Sulaiman (Bernama) sebagai orang kepercayaan.
Beliau memberikan tugas khusus kepada kami untuk mengkondisikan fikiran rakyat terutama bekas-bekas tentera dan polis menerusi penulisan dan peranan kami supaya mereka menerima dengan baik usaha perdamaian ini kerana Tan Sri Rahim cukup sedar ramai tentera dan polis terbunuh dalam memerangi pengganas komunis dan mereka amat sensitif.Pihak tentera tidak setuju dengan rundingan kerana pada masa itu komunis telah pun lemah dan boleh dihapuskan mereka semuanya.
Bagaimanapun pihak polis berpendapat lebih baik wang untuk meneruskan peperangan ini digunakan untuk tujuan pembangunan rakyat.
Kami telah merahsiakan tugas kami ini sehinggalah ditandatangani perjanjian damai dan Tan Sri Rahim memberikan taklimat kepada kami diatas kemajuan rundingan. Menteri-menteri sendiri tidak tahu operasi ini kecuali Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri Pertama dan juga Perdana Menteri Dr.Mahathir yang merastukan Tan Sri Rahim sebagai Pengarah Cawangan Khas dan timbalannya Yau Kong Yew untuk memulakan rundingan
Tan Sri Rahim amat senang dengan rencana saya yang bertajuk Tunku memulakan dan Mahathir menamatkannya( Merujuk kepada rundingan Baling 1955).
Sejak itu hingga sekarang kami memelihara hubungan baik dengan TanSri Rahim .Pendekatan dengannya menyebabkan saya sedar bahawa beliau tidak sekadarkan hanya seorang polis tetapi seorang nasionalis yang memahami dan menjunjung tinggi semangat Perlembagaan Negara.
Kita sekarang memasuki Malaysia Baru tetapi apakah pegawai-pegawai polis dan tentera difahamkan dengan nasionalisme baru yang mulai subur dalam masyarakat bukan Melayu kerana bagi pertama kali mereka turut merasa ada perkongsian dalam kemenangan PH dibawah pimpinan Tun Mahathir. Ia melampau perasaan perkauman dan agama.Mereka berada dalam semangat yang tinggi dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke61.
Tun Mahathir telah menghidupkan kembali semangat perpaduan,muhibbah dan keharmonian dan liberalisme yang diasaskan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra.Tunku merintisnya dan Mahathir menyambung dan sedang menyuburkannya di bawah Malaysia Baru.
INI adalah buku tulisan saya mengenai peranan Tan Sri Rahim dam lain-lain dalam menjayakan rundingan damai dengan PKM. Dikanan sekali ialah Timbalan Ketua Polis Cawangan Khas Yau Kong Yew
Nota:Semua kesilapan ejaan atau lainnya jika didapati ada akan dibetulkan kemudian.