UTUSAN KECAM MENTERI-MENTERI NAJIB SEBAGAI PENGKHIANAT

MENYELEWENG DEMI UNTUK SURVIVAL

Akhbar Utusan Malaysia yang tersuhur kerana menentang Tun Mahathir habis-habisan sebelum dan sesudah PRU 14 hari ini menunjukan sikap luar biasa U-TURN  apabila mengecam  keras  menteri-menteri yang tidak memberikan nasihat yang sepatutnya kepada Datuk Seri Najib semasa mereka  berada dalam kabinet  yang padahnya  membawa negara ini ke dalam longkang.

Awang Selamat  juga menuduh  pegawai-pegawai tinggi kerajaan  sebagai penderhaka kerana tetap membisu walaupun dikecam oleh Mahathir.


Dalam kecamannya itu Awang Selamat di Mingguan Malaysia hari ini berkata:

" Dalam kontek kedaulatan,Awang hairan di manakah Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan kedua,Abdul Rahman Dahlan Menteri yang menjaga Unit Perancangan Ekonomi,Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara dan Mohd Irwan Seriga Abdullah sebagai Keua Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran dahulu yang dikatakan membiarkan perjanjian berat sebelah dengan China sebagaimana dakwaan Dr.Mahathir?

"Kenapa membenaran pekara ini berlaku yang sepatutnya mereka memberi  nasihat untuk
memastikan kepentingan dan kedaulatan negara tidak dikompromi dalam mana-mana perjanjian.Ini adalah Pengkhianatan kepada  negara sebenar-benarnya.

"Mereka perlu tampil memberi hujah menafikannya dan bukan terus membisu.

"Bagi Awang penderhakaan bukan sahaja mengangkat senjata tetapi juga pembelotan dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengambil langkah menyelamat dan mempertahankan kedaulatan negara.Kita tidak mahu pada akhirnya perjanjian yang melibatkan hutang berbilion-bilion riggit akan menyebabkan negara terpaksa berkompromi dengan negara asiing".

Akhbar itu akhirnya menegaskan harapannnya agar keberanian Dr.Mahathir mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara ini dapat di contohi oleh semua ahli politik dan penjawat awam.

Tahniah kepada Pengarah Urusan  Melayu Datuk Aziz Shekh Fadhil  yang berani mengambil alih jawatan ketua pengarang dengan bantuan bekas Ketua Pengarang yang diketahui sebagai bekas orang kuat Anwar Ibrahim(bukanTan Sri Johan Jaafar) demi  untuk survival Utusan dan bukan untuk memukul terus  gendang perang  yang memasukan pasir dalam periuk nasi para wartawan dan pekerja Utusan.

SEMUGA ALLAH MENYELAMATKAN SUARA KERAMAT INI! AMIN

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :