UTUSAN TIDAK PERLU DIBUNUH TETAPI AKAN MATI DENGAN SENDIRI

TIDAK AMBIL PELUANG  PULIHKAN EDARAN
(MERUJUK KEPADA SEBUAH TULISAN DI MALAYSIAKINI)

Utusan Malaysia tidak perlu dibunuh kerana ia akan mati dengan sendirinya kerana tidak mengamalkan ketamadunan journalisme dan mengharapkan pendapatan bukan dari jualan akhbar tetapi  dari sumbangan kewangan  parti UMNO dan kerajaan.

Edarannya  tidak mungkin akan meningkat kerana dasarnya tidak selari dengan ketamadunan  masyarakat Malaysia Baru yang dilahirkan oleh rakyat yang  menentang rasuah dan penyelewengan sebaliknya Utusan  terus mempertahankan pemimpin yang tersungkur atas kehilangan  kepercayan rakyat.

Jika UMNO tidak membiayainya  sejak sebelum PRU 14  maka  Utusan telah pun lama mati,edarannya  telah merudum kerana dasarnya yang tidak seimbang. .Oleh kerana teknan ini , Utusan telah  bertukar dari sebuah akhbar umum kepada benar-benar menjadi lidah rasmi parti  tanpa berselindong,berdeplomasi  dan beperadaban sebagai akhbar harian nasional.

Ia telah menyeleweng terus dari arahan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman apabila mengambil aleh Utusan Melayu  dari gulongan nasionalis kiri pada 1961 supaya Utusan tetap memberikan tempat kepada berita-berita pembangkang disamping memberikan keutamaan kepada berita-berita Umno  dan  Perikatan( Gabungan parti-parti sebelum BN).

Apa yang dapat dilihat oleh orang ramai dalam masa pilihanraya lalu , Utusan menjadi akhbar yang membuang   peradaban dan etika journalisme , menyiarkan berita sebelah pihak,bias,tidak adil, rekaan dan ramalan ikut sentimen parti  malah memburukan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir ketaraf yang paling hina sehingga menimbulkan rasa muak di kalangan pembaca.

Sejak berpuluh  tahun lalu saya tidak pernah   satu hari pun tidak  membaca Utusan walaupun telah bersara dari Utusan  tetapi saya berhenti membacanya sejak dua tahun lalu. Saya membacanya semula selepas PRU tetapi berhenti lagi  setelah melihat tiada perubahan yang diharapkan oleh rakyat.

Sayang Utusan tidak  mengambil kesempatan selepas PRU 14 untuk memulihkan imejnya  sebagai stratiji politik jangka panjang dan juga bagi meningkatkan edarannya ketika  ramai orang telah kembali kepadanya untuk melihat perubahan dasarnya. Para pengarang Utusan yang bertanggungjawab tidak menghormati harapan pembacanya.

Pembaca tradisinya yang setia juga tidak lagi membaca Utusan dan ramai ang kembali membaca selepas PRU14 telah kembali memulaukannnya tanpa arahan sesiapa tetapi dari kesedaran  hati naluri sendiri yang mendapati  Utusan terus menjadi lidah rasmi parti.

Orang yang cuba mempertahankan kebebasan  akhbar ini  ialah orang  yang tidak mengenal  kebebasan sebaliknya   melihat  sebagai kebenaran apabila dilakukan oleh kerajaan dari partinya tetapi melihat sebagai kesalahan bila dilakukan oleh keajaan bukan dari partinya.

Bagaimanapun kerajaan yang ada sekarang tidak menyekat siaran berita dari parti pembangkang oleh semua akhbar dibandingkan dengan kerajaan BN.

Kerajaan juga tidak  menyekat orang ramai membeli mana-mana akhbar  kecuali menyekat langganannya oleh jabatan
kerajaan dari wang kerajaan kerana ini samalah  keadaannya seperti  kerajaan berlanggan Harakah atau Roket kerana Utusan sekarang setaraf dengan mereka sebagai  lidah rasmi parti UMNO dan  sekarang  juga menjadi lidah Pas.

Dengan berselindong disebalik kebebasan , Utusan  yang biasa hidup degan  dibantu oleh parti dan kerajaan sekarang  mengharapkan  belas kasihan dari tangan yang pernah mereka  gigit dengan ganas . Jika kerajaan ini teruskan bantuan  sekalipun,  mereka akan terus menyahalgunakan kuasa kerana mereka tidak dapat  melihat kebenaran hakiki dan diabui  kefanatikan.Mereka juga  tidak tahu lagi untuk berdiri atas kaki sendiri kerana terbiasa dengan bantuan.

Utusan langsung tidak dapat menciumi Malaysia  Baru kerajaan  PH yang melampaui  batas kaum  yang jelas dapat dilihat kebijaksanaan,kualitinya   dan imej barunya terutama dalam Persidangan Parlimen.

Utusan  beralih kepada dasar baru untuk memulihkan kekuatan UMNO dengan menunjulkan isu-isu perkauman  dan keugamaan yang basi yang sudah tidak lagi dapat diterima oleh rakyat yang telah jauh kehadapan dari pemikiran para pengendali  Utusan sendiri.

Generasi Melayu baru tidak lagi mudah dimainkan emosi mereka  oleh isu-isu  yang telah ketinggalan zaman sebaliknya mereka  mempunyai keyakinan kerajaan baru PH akan dapat menanganinya dengan lebih halus dan lebih bijak. Yang utama bagi  mereka sekarang ialah  perpaduan  untuk memusnahkan  musuh rakyat yang lebih besar yang datang dari orang Melayu sendiri iaitu pencuri wang negara,perasuah,  IMDB, penyeludup barang-barang kemas beratus juta ringgit dan sebagainya.

Ini lebih dahsat  dari komunis yang berjuang untuk kemerdekaan dibandingkan dengan  mereka yang berjuang untuk kemewahan diri sendiri atas pemerasan wang negara dan  diatas penghisapan darah rakyat.

Saya sendiri berkesempatan melihat bagaimana Utusan Melayu dikendalikan sejak  diambil aleh oleh UMNO pada tahun 1961.Mereke mematuhi arahan  Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman dalam arahan empat dasar UMNO terhadap Utusan pada tahun 1959  supaya tidak  dipulaukan terus berita-berita pembangkang

Hal ini terus berlaku semasa saya,Johan Jaafar  dan juga khalid Mohd menjadi Ketua Pengarang.Maka itu Utusan tetap dirindui walaupun dibenci  tetapi dalam masa Najib berita-berita pembangkang dibenamkan terus dan pembaca hanya membaca jawapan kerajaan atau UMNO  tanpa mengetahui  berita yang dijawab oleh mereka.

Saya pernah dipanggil oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir ekoran  bantahan menteri- menteri besar BN kerana  Utusan  menyiarkan inteviu khas dengan Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz berikutan dengan kejayaan Pas bagi pertama kali  menawan Kelantan.Saya telah bertaya kepada  Dr.Mahatir adakah  beliau mahu menjual Utusan kepada  orang UMNO sahaja.Mahathir memahaminya.

Utusan dalam era Najib bukan sahaja tidak dibaca oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang UMNO sendiri kerana mereka tidak mendapat maklumat yang mereka perlukan dari Utusan atau mereka telah dapat jangkakan tetapi terpaksa mencari dari media sosial,portal -portal berita atau dari Sinar Harian.

Nota:

Maaf jika terdapat kesilapan ejaan atau lain-lain ketinggalan yang belum dibetulkan.




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :