TANGGUNGJAWAB DATU KADIR JASIN
Menggantikan orang politik dengan seorang profesional sebagai pengerusi MARA adalah memecahkan tradisi monopoli jawatan ini oleh orang politik yang sewajarnya dilakukan kerana telah terbukti MARA dipolitikan dan digunakan oleh orang politik untuk kepentingan diri sebagai sebagai payung politik bagi mempopularkan diri dengan menyelewengkan peruntukannya dengan berbagai cara.
Ini merupakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan baru berasaskan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir di New York bahawa adalah sesuatu yag positif melantik orang-orang profesional menjalankan institusi atau syarikat perniagaan yang dulunya diuruskan oleh orang politik dri Barisan Nasional.
Kesanggupan kerajaan Pakatan Harapan untuk melepaskan naungan politik keatas institusinya dengan melantik seorang profesional adalah satu langkah berani untuk membebaskan MARA dari menjadi kronisme politik sebagai stratiji mengekalkan pengaruh parti keatas rakyat khususnya Melayu untuk menang pilihanraya atau mengekalkan kuasa.
Lebih mengejutkan apabila yang dilantik adalah seorang wanita Dr.Hasnita Datuk Hashim yang berkelayakan PHD dalam Nuclear Physics Oxford Univesity yang dibantu oleh beberapa orang lagi anggota pengarah Melayu yang juga tidak bersih dari politik.
Apakah perlantikan mereka ini akan menjamin MARA benar- benar berjalan sebagai badan profesional yang cekap dan adil bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi orang Melayu dalam semua bidang yang mereka masih ketinggalan.?
Saya agak pesimistik pelantikan orang profesional akan menjamin kecekapan ,keadilan dan kejujuran perjalanannnya berasaskan kepada apa yang telah berlaku kepada perlantikan profesional Melayu untuk menjalankan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan( GLC)
Mereka lebih cekap menggunakan profesionalisme mereka dari orang politik untuk menyelewengakan wang secara besar-besaran ke poket mereka yang terlihat sebagai gaji.Rakyat tidak memantau mereka seperti mereka memantau orang-orang politik.Kecuali setelah gaji mereka didedahkan maka barulah rakyat terkejut.
Kita hanya berharap pemimpin MARA yang baru ini akan lebih prihatin terhadap harapan baru rakyat yang telah memileh sebuah kerajaan baru dengan harapan menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang mereka jatuhkan.
Selain dari MARA,yang juga manarik perhatian rakyat ialah percubaan menyelewengkan dan merosakan kredibliti, reliabiliti, autoriti dan integriti Bernama sebagai sebuah agensi berita yang telah dihormati sejak penubuhannya pada tahun 1968 kerana kebebasannya dari penguasaan politik atau menjalankan

peranan politik yang bias sekalipun dalam keadaan yang amat tertekan.
Ini bukan sahaja kerana kebebasan jabatan pengarangnya tetapi juga kerana dari sejak pengurus besar yang pertama hingga kepada yang akan bersara Datuk Zulkefli Salleh adalah terdiri dari orang -orang yang tidak terikat dengan kerajaan atau pun orang politik
Mereka terdiri dari bekas pegawai tinggi kerajaan. Yang pertama bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Syed Zainal,bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK Datuk Sofie, diikuti dengan bekas pegawai-pegawai koporat sehingga kepada Datk Zulkefli Salleh dan Azman Ujang bekas-bekas wartwan Bernama.
Pengumumn oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Govind Sing Deo untuk melantik bekas Ketua Pengarang Rocket lidah rasmi DAP dan juga Timbalan Pengarah Research for Social Advancment DAP (Think Tank DAP))Wan Hamidi Hamid dengan sekali gus menjatuhkan integriti Bernama dan maruah Jabatan Pengarangnya. Tindakan ini merupakan pencabulan terang-terangan terhadap sumber utama media yang berkerdebliti tinggi di negara ini.
Bernama berjaya menguruskan dirinya untuk terus terlihat bebas sekalipun media-media lain menghadapi tekanan yang bagitu dahsat dalam masa pemerinthan PM Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Apabila DAP yang menjuarai kebebasan media mahu melantik orangnya ke dalam Bernama maka ini dilihat sebagai percubaan pertama DAP untuk meresapkan dasar-dasar kawalan media seperti Kerajaan PAP Sigapura ke dalam kerajaan Pakatan Harapan yang jika tidak disekat akan merosakan imej kerajaan PH dan kepimpinan Tun Mahathir.
Penasihat Media dan komunikasi kepada kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,Datuk Kadir Jasin tidak boleh mendiamkan diri dalam soal ini.Tugas negara yang besar telah memanggil saudara yang jika tidak dijalankan dengan berkesan akan menghilangkan keyakinan media kepada saudara sendiri.
Ini merupakan pencubaan terang-terangan dan berani oleh DAP untuk meganggu gugat hak dan kebebasan menerusi agensi berita yang dilanggani oleh semua akhbar dan media di negara ini.Ini adalah suatu penguasaan yang luas menerusi sebuah media berkanun kerajaan.
Kenyataan Datuk Kadir bahawa pengarang -pengarang tidak lagi perlu menunggu wahyu dari pejabat Perdana Menteri seperti di bawah kerajaan Najib akan semakin benar bila tiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai orang-orangnya sendiri untuk memacukan kuda dari dalam.Hal ini telah pun berlaku dalam sebuah dua portal berita yang cuba menampakan dirinya bebas tetapi telah dikuasai tetapi penguasaan parti kerajaan menerusi satu-satunya agensi berita kerajaan adalah lebih merbahaya.
Datuk Kadir :Sampaikanlah pandangan ini kepada Govind dan jika gagal kepada Tun Mahathir sendiri.