'Jasa' Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia ; Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat?

Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak, puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malaysia...

Keadaan ekonomi dan kewangan negara pada waktu tu di gambarkan berada dalam keadaan yang cukup tenat...

Tanpa ragu2, puak2 Pakatan Harapan melaungkan, sekiranya Malaysia tak di selamatkan, krisis ekonomi akan berlaku, rakyat akan menderita dengan kos kehidupan yang akan melambung dan paling dahsyat, Malaysia akan bankrap...

Pemimpin2 Barisan Nasional, terutamanya Datuk Seri Najib di gambarkan sebagai penjarah harta negara!!!

Kerajaan Barisan Nasional di gelar kerajaan kleptokrasi!!!

Jadi untuk selamatkan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional MESTI di tumbangkan untuk membawa pemimpin2nya ke muka pengadilan...

Setiap sen duit negara yang di jarah, MESTI di tuntut balik...

Negara mesti di selamatkan, rakyat di tuntut supaya berani buat perubahan...

Itulah laungan kempen2 PRU 14 yang jadi zikir semua puak2 Pakatan Harapan...

Untuk menambah lunak kempen PRU 14, Pakatan Harapan menaburkan janji2 yang lebih manis dari gula...

"Hari nie kita menang, besok, petrol turun harga"...

"Hari nie kita menang, besok TOL seluruh negara percuma"...

"Hari nie kita menang, besok kita hapuskan hutang PTPTN, kita hapuskan hutang peneroka FELDA"...

Sekarang dah 10 bulan Pakatan Harapan memerintah, jom kita edisi siasat, dah baru ker negara Malaysia nie, apa yang dah selamat atau yang dah memang selamat dah jadi Kassim Selamat yang hilang dari pandangan...

'Pencapaian' 10 Bulan Pemerintahan Pakatan Harapan

Pencapaian 1, JUAL ASET NEGARA

Satu skil yang tak dapat di nafikan ada pada Tun Mahathir dan Lim Guan Eng ialah menjual aset negara...

Asal jual aset negara, mesti Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, bila sebut nama Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, mesti teringat pada aktiviti jual aset negara!!!

Macam tu lah, jual aset negara memang tak dapat di pisahkan dari Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, ibarat irama dan lagu, tak boleh di pisahkan, kalau di pisahkan, aset negara tak akan dapat di jual nanti...

Tun Mahathir dengan pengalaman jadi Perdana Menteri ke 4 dan Lim Guan Eng dengan pengalaman menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, memang serasi dan memang ngam!!!

Kita tenguk betapa 'BERJAYANYA KEDUA2 PENJARAH NIE JUAL ASET NEGARA' :

》IHH Health di jual dengan 'HARGA RUNTUH' pada kroni Jepun...
》Menara Annexe TM1, TM2, di jual pada kroni dengan harga 'Go Back To School' pada kroni...
》Menara Felcra di jual, juga pada kroni...
》M1 Axiata di jual, juga pada kroni Singapura...
》Legoland di jual, juga pada kroni...
》Menara 28 tingkat di Hong Kong, di jual, juga pada kroni...
》Hotel Royal Chulan di jual, juga pada kroni Singapura...
》MAS bakal di jual, juga pada kroni...
Saham Bank Filipina di jual, juga pada kroni...
》Menara Felda di jual, pada kroni...
》Aset TH di bawa keluar, serah pada SPV milik Kementerian Kewangan, jadi senanglah Lim Guan Eng  nak gunakan sbb kuasa Menteri Kewangan pada SPV...
》Di jangka 5 - 10 lagi aset negara akan di jual juga...

Rakyat Malaysia relaks jer, tahulah Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng buat kerja tu nanti...

Pencapaian 2, TAMBAH HUTANG NEGARA

Kalau ikut amalan biasa, orang jual harta untuk bayar hutang, macam tu lah juga dengan pentadbiran sesuatu negara, untuk kurangkan hutan, jual aset dan hasil jualan aset tu di kontrakan dengan hutang...

Dalam keadaan nie, memang aset akan berkurangan tapi hutang negara pun SEPATUTNYA berkurangan, jadi faedah yang negara perlu bayar dari hutang, juga akan berkurangan, jadi bolehlah duit tu di gunakan untuk tanggung kos pentadbiran negara...

Tapi strategi Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng spesel, aset negara di jual tapi dalam masa yang sama, hutang negara bertambah!!!

》Hutang Negara di sahkan oleh BNM, Kementerian Kewangan dan BANK DUNIA hanya sekitar RM686.8 bilion hujung tahun Disember 2017, bila Pakatan Harapan memerintah jer, terus menyalak kata hutang bukan RM686.8 bilion tapi RM1 trilion!!!
(Fitnah dari PH kata RM1Trillion tidak benar)
》Kenaikan dari Mei 2018 - Februari 2019, meningkat sebanyak RM768.7 bilion, kenaikan RM81.9 billion...

》Jika di campur dengan duit Petronas sebanyak RM82 bilion yang di jarah, kerajaan Pakatan Harapan, maka hutang negara naik terkini ialah RM850.8 bilion!!!


*NILAI MATAWANG‼*
1. Ringgit merundum jatuh ke paras $USD1 bersamaan RM4.20 nilai pertukaran . *( Fitnah PH Najib turun Ringgit Naik )* tapi makin lama makin merundum jatuh dari RM3.80 semasa Kerajaan BN.


*SAIZ PENJAWAT AWAM‼*
1. PH Menang PRU14 sudah dianggarkan 20ribu telah dibuang kerja akibat penutupan Jabatan Jabatan bagi PH tidak Relevan
2. Dijangka 80ribu kakitangan Awam akan dibuang mulai 2019 - 2021.
*( Manifesto 1Juta Peluang Pekerjaan )* tapi rupa nya buang pekerja .


*LAWATAN LUAR NEGARA‼*
1 . Sejak menang siri lawatan ke luar negara telah banyak dibuat *tapi satu pelaburan pun tidak bawa balik ke malaysia*  dianggarkan sebanyak  *puluhan Juta wang rakyat* digunakan utk belanja lawatan luar negara.


*ISU PANAS MELANDA‼*
1 . Isu hina islam dan nabi lambat ditangani
2 . Isu LGBT semakin berani Puak ni meraikan dan sampai tahap buat Demo *( belum pernah dlm sejarah negara puak songsang LGBT pernah buat Demo )* tetapi dibawah PH puak ni buat dan makin berani
3 . Isu menteri agama sesuka hati menukar maksud ayat surah Al Baqarah ayat 114 .
4 . Bangsa DAP dengan lantang menuduh kerjasama UMNO+PAS sebagai Istihar Perang pada Bangsa lain dan Malaysia seumpama Taliban Jika UMNO+PAS memerintah *ini statement rasis dan mengugat ketenteraman awam oleh bangsa DAP*  tetapi report telah dibuat tapi tiada satu pun ditangkap *( ASAL MELAYU BUAT CONFIRM LAJU KENA TANGKAP )*
5 . Isu pembunuhan Adib sampai sekarang senyap
6 . Isu Kes rasuah terowong LGE senyap
7. Isu kekecohan Kuil
8. Isu kematian umat islam di new zealand yg pelik PDRM jaga kuil dan gereja , tindakan ini melambangkan dan memberi imei buruk pd islam dimalaysia dunia luar akan beranggapan muslim di malaysia extreme sbb PDRM kena kawal keselamatan gereja dan kuil .
Seluruh dunia polis mereka menjaga masjid
9 . Banyak lagi isu panas sejak PH memerintah yg mana melibatkan ketegangan kaum dengan statement rasis Bangsa DAP baik didalam dewan rakyat atai diluar sini.
10 . Isu Pencemaran udara bahan kimia , tidak bahaya itu lah statement menteri dan Menteri besar Johor
11 . Statute ROM dibuat tanpa dibentang di Parlimen dan Majlis Raja Raja terus Menteri Luar Sign akibat kuasa raja raja akan hilang


*PELIK , GILA IDEA MENTERI PH‼*
1 . Menteri kasut hitam , pandai murid² sekolah bermula pada kasut hitam.
2 . Tanaman sawit ditukar pd tanaman buluh
3 . Bekam sunnah rasulullah adalah sia sia
4 . Kereta terbang
5 . Ikan kembong dilaut 7billion ekor
6 . Nelayan tanam nenas
7 . Ladang lembu 70 ladang ada 7 ekor lembu
8 . Pesawat tempur ada 4 shj boleh diterbangkan
9 . Menteri agama kata kita kena jaga semua agama rahmatan lil alamiin
10 . Seseorang gay itu tidak semestinya lakukan perkara songsang
11 . LGBT ada hak di malaysia
12 . Tisu bahu koyak
13 . SST turun harga barang tapi rupanya lagi naik mendadak harga barang
14 . Banyak lagi idea gila benak dari menteri menteri PH.


*MANIFESTO‼*
1 . Janji Manifesto PH satu penipuan kepada rakyat . Rakyat kena tipu dengan janji manis PH .
Janji Manifesto Janji kencing Harapan .


*Viral kan dan share agar Rakyat tahu kerajaan ph adalah sebuah kerajaan Huru hara , zalim dan kejam dan tidak menjaga kebajikan dan banyak lagi keburukan yg dilakukan* mereka hanya tahu berpolitik dan tahu ckp shj , kerja langsung tidak efesin , kualiti , berintigriti dan sangat memalukan pd dunia antarabangsa .


*#KERAJAAN PH KERJAAN SEPENGGAL*
*#TUMBANGKAN KERAJAAN PH PADA PRU15 NANTI*
*#KERAJAAN PH ZALIM KEJAM PADA RAKYAT*
*#MARI RAKYAT SEMUA KITA SELAMATKAN KEMBALI MALAYSIA DARI REJIM PH*

*#SOKONG BN+UMNO+PAS+MCA+MICπŸ‘*
*#KEMBALIKAN KERAJAAN LAMA BN SEBAGAI KERAJAAN BALIK PADA PRU15πŸ‘*

Subscribe to receive free email updates: