SERONOK BERKUBANG DALAM KENCING SENDIRI???

Rasanya, puak Rejim Pakatan Hancing tu sedang seronok menikmati kubang air kencing yang mereka bina sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Buktinya cukup jelas apabila satu persatu Fitnah yang dilemparkan mula memakan diri.
.
Jika sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, puak Pakatan Hancing itu bukan main sibuk menjaja Fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional kononnya wujud usaha untuk menjual kedaulatan Negara kepada China.
.
Tuduhan dan dakwaan yang dibuat itu ekoran tindakan Kerajaan BN pada ketika itu menjalinkan kerjasama Ekonomi secara bersepadu dengan China melalui pembentukan Inisiatif "One Belt, One Road" (OBOR).
.
Salah satu projek dibawah inisiatif ini ialah dengan mewujudkan kawasan Taman Perindustrian dikedua - dua buah Negara. Di Malaysia, lokasi Taman Perindustrian itu adalah di Kuantan yang dinamakan sebagai MCKIP.
.
Namun usaha untuk mewujudkan kawasan taman perindustrian itu menerima kecaman hebat dari puak Rejim Pakatan Hancing yang turut melabelkan usaha itu sebagai salah satu agenda BN untuk menggadaikan kedaulatan Negara.
.
Tapi hari ini, Perdana Menteri kesayangan puak Rejim Pakatan Hancing itu sendiri mengakui bahawa usaha untuk mewujudkan kerjasama melalui inisiatif OBOR itu bukan rancangan China untuk mendominasi.
.
"Kita merasakan rancangan Initiatif Satu Jalur Satu Jalan ini bukanlah rancangan dominasi oleh China, yang pada akhirnya akan dikuasai oleh China, sebaliknya ia adalah dasar ciptaan semua negara dan bukan hanya tertumpu kepada China," katanya hari ini.
.
Dalam erti kata mudahnya, kenyataan Perdana Menteri itu boleh dianggap sebagai satu pengakuan secara terbuka bahawa selama hari ini, dia sendiri tidak memahami tujuan sebenar inisiatif itu dilaksanakan.
.
Sebaliknya, dia terikut - ikut dengan budaya FITNAH yang sememangnya menjadi amalan biasa dikalangan puak Pakatan Hancing tu sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Maka hari ini, terpaksa la dia juga bergelumang dalam kolam air kencing yang dibuat sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates: