Puak-puak Bangang Dalam PKR Jangan Keterlaluan! - Khairuddin Kata?


Saya rasa syed husin ali sedang hadapi masalah ingatan dan minda beliau semakin lemah!! Beliau lupa anwar ibrahim terajui parti pembangkang dari tahun 1999 sehingga 2013 telah gagal untuk menjatuhkan umno serta BN!!

Pada waktu itu umno dan BN tidak tergugat langsung dengan kepimpinan anwar ibrahim memimpin pembangkang!!

Tetapi dengan izin Allah swt apabila tun dr mahathir mohamad bergabung dengan pembangkang barulah PH berjaya tumbangkan kerajaan kleptokrasi!!

Siapa syed husin ali selaku bekas tokoh pemimpin sosialis nak perkecilkan kemampuan tun dr mahathir mohamad?! Perdana menteri masakini mempunyai pengalaman urus tadbir negara selama 22 tahun!!

Siapa yang merosakkan ekonomi negara ketika gawat tahun 1997?! Pada waktu itu semua dasar kewangan anwar ibrahim salah sehingga indeks bursa saham kita merudum ke paras bawah 300 mata!!

Keadaan ekonomi negara pada tahun 1997 berada dalam keadaan caca-merba!! Apakah syed husin ali lupa dengan sejarah tersebut?!

Panggil semula dato murad bekas timbalan gabenor bank negara malaysia dan suruh beliau ceritakan sikit mengenai siapa yang songlap dana BNM pada waktu itu!!

Prinsip kerajaan pada tahun 1997 tidak boleh terima IMF tetapi siapa yang terima jawatan Pengerusi IMF International pada waktu itu?!

Tun dr mahathir mohamad berjuang lawan dasar luar negara amerika yang tidak adil pada negara Palestine, Bosnia, Kosovo serta beberapa lagi negara-negara islam di seluruh dunia tetapi di mana anwar ibrahim berada pada waktu itu?! Apakah syed husin ali lupa dengan fakta sejarah pada waktu tersebut?!

Saya nak ingatkan puak-puak bangang dalam pkr agar jangan keterlaluan!! Tolong jangan terlalu kurang ajar!!

Hakikatnya, anwar ibrahim tidak layak untuk memimpin bangsa, agama serta tanahair!!

Buat masa ini saya hanya ingn buat kenyataan ini secara umum!! Tunggu masa ketika yang sesuai kemungkinan saya akan tampil untuk terangkan kepada keseluruhan rakyat malaysia mengapa anwar ibrahim tidak boleh diberi ruang untuk memimpin ummah di tanahair kita!!

Seandainya boleh saya ingin ingatkan syed husin ali agar jangan terlalu celupar!! Jangan jadikan peribahasa ‘kerana mulut badan binasa!!’

Kalangan minda lemah ini hanya mahu berebut jawatan sesama rakan dalam PH!! Mereka tidak pernah beri sumbangan langsung tetapi hanya pandai bercakap untuk mendesak tun dr mahathir mohamad berundur!!

Jangan jadikan insiden hitam tahun 1998 dari berulang kembali!! Walaupun keseorangan sekiranya puak minda lemah ini keterlaluan saya akan tampil seorang diri untuk menghalang hasrat mereka!!

Sesungguhnya, saya tidak pernah takut dan tunduk pada pemimpin hipokrit kerana saya hanya takut pada Allah swt!!

Pemimpin hipokrit macam anwar ibrahim tidak layak untuk memimpin negara!!

Apapun keseluruhan rakyat jangan gusar kerana Allah swt pasti tunjuk kebenaran sepertimana tahun 1998!!

Anwar ibrahim boleh menipu jutaan rakyat kadang kala tetapi tidak selalunya beliau boleh menipu ummah kerana Allah swt pasti tunjuk kebenaran mengenai siapa itu anwar ibrahim pada hakikatnya!! Apa dan di mana hebatnya anwar ibrahim sebagai pemimpin?!

Sekali lagi puak minda lemah dalam pkr kena ingat betul-betul bahawa jangan undang peristiwa hitam tahun 1998 daripada berulang kembali!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 September 2019

Sumber dari SINI

Subscribe to receive free email updates: