Bukan Najib, Yang Patut Di Siasat Ialah Bekas AG, Polis Dan Hakim...


Makin jelas adanya campurtangan dari pihak tertentu dalam permohonan perbicaraan semula kes pembunuhan Altantuya Shaaribu pada tahun 2006...

Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh pembunuh telah mengejutkan berbagai pihak dan cuma berdasarkan persepsi dari orang ramai telah menyebabkan kes itu disiasat semula...

Ada tekanan dari pihak tertentu yang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib dan DS Rosmah dan ini pasti akan berikan tekanan pada pihak polis atas siasatan semula yang akan dilakukan...

Kebanyakan dari netizen yang membicarakan perkara ini TIDAK TAHU apa sebenarnya yang telah berlaku 13 tahun dahulu...

Tidak pernah baca penghakiman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua anggota UTK, Azilah dan Sirul...

Sila baca penghakiman penuh DI SINI...

Mereka juga tidak mengetahui pendakwaan jenayah yang dilakukan oleh Ram Karpal dalam kes ini telah gagal dalam mahkamah dan kes ini sudah sampai ke peringkat terakhir sistem perundangan Malaysia (BACA DI SINI)...

Orang ramai juga sebenarnya banyak diberikan maklumat yang salah mengenai kes ini dan ramai yang tidak tahu bahawa bahan letupan C4 yang menampakkan kekejaman pembunuhan sebenarnya TIDAK PERNAH disebut dalam ketiga-tiga mahkamah sewaktu perbicaraan kes ini berjalan...

Ia hanya untuk menimbulkan persepsi yang mengaitkan pembunuhan ini dengan Kementerian Pertahanan di mana DS Najib adalah Menteri Pertahanan ketika itu...

Akuan Bersumpah Azilah boleh dijadikan asas untuk membuka semula siasatan dan perbicaraan kes-kes berprofil tinggi yang telah selesai perbicaraannya atau digugurkan tanpa sebab-sebab yang munasabah...

Syabas Pakatan Harapan


Bila #KerajaanSepenggal menamatkan atau lebih tepat ditamatkan pemerintahan mereka, semua kes-kes yang telah digugurkan boleh disiasat dan dibicarakan semula...

Mungkin sebab tu Dr. Mahathir geleng kepala bila wartawan tanya ada 'interview' Azilah tak dan Lim Guan Eng membisu seribu bahasa!!!

Mahkamah, PDRM dan SPRM akan alami masa yang sangat sibuk ketika itu...

Ramai yang berada dalam senarai, antaranya Azmin, Latheefa Koya, Shafie Afdal dan banyak lagi yang boleh disiasat dan dibicarakan semula...

Maha Bijaksana Allah SWT yang Maha Halus PerancanganNya...

Siasat Gani Patail


Ketua Polis Negara, Hamid Bador umumkan pihak polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan pihak polis (BACA DI SINI)...

Malaysiakini melaporkan terdapat 10 orang yang akan dipanggil oleh pihak polis dan DS Najib adalah antara mereka yang dijangka akan dipanggil oleh pihak polis (BACA DI SINI)...

Untuk siasatan yang lebih telus, pihak polis juga MESTI memanggil bekas Peguam Negara, Gani Patail, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Nor Rashid, anggota-anggota UTK dan ramai lagi...


Gani Patail telah lama dipersoalkan kerana tidak melibatkan Musa Safri (orang yang dipertanggungjawabkan oleh DS Najib untuk membantu Razak Baginda dan bertanggungjawab memperkenalkan Azilah kepada Razak Baginda)

Untuk rekod, Razak Baginda telah dibebaskan oleh mahkamah semasa perbicaraan kes pembunuhan Altantuya...

Sangat meragukan kerana Gani Patail tidak pula membuat rayuan kepada mahkamah kerana membebaskan Razak Baginda dalam kes tersebut...

Lebih meragukan, Gani Patail yang memberikan penjelasan pada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) bahawa DS Najib tiada kaitan dalam kes pembunuhan tersebut dan Pak Lah mengarahkan Gani Patail supaya melaksanakan tanggungjawab beliau, apakah Pak Lah juga perlu dipanggil oleh pihak polis?

Polis Siasat Polis?


TS Musa Hassan adalah bekas Ketua Polis Negara ketika kes itu berlaku telah berulangkali menafikan penglibatan DS Najib dan beliau konsisten dengan penafian beliau hingga ke hari ini...

Apakah beliau juga akan dipanggil untuk disoalsiasat?

Waktu Ram Karpal membuat kenyataan untuk meminta siasatan semula terhadap kes itu, Nor Rashid yang melakukan siasatan terhadap kes itu telah mengumumkan siasatan semula kes tersebut telah selesai dan tiada bukti penglibatan DS Najib dalam pembunuhan itu...

Kena siasat jugak, ker camner?

Macam mana pula dengan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah yang terlibat melakukan siasatan kes yang sama 13 tahun yang lalu dan juga ketika siasatan semula pada awal tahun 2019 dan juga Timbalan Ketua Polis Negara sekarang, Dato' Mazlan yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, kena siasat jugalah nampaknya...🤔🤔🤔

Siasatan semula kes ini akan dijadikan rujukan (precedent) untuk di masa akan datang, termasuk perlantikan orang luar (Hamid Bador, dalam perkhidmatan polis, pegawai yang sudah bersara dianggap sebagai orang luar) dilantik sebagai Ketua Polis Negara...

Siasatan semula kes ini juga perlu menyiasat keseluruhan UTK termasuk Ketua UTK yang membawa balik kedua-dua anggota UTK (Sirul dan Azilah) dari Pakistan ketika itu...

Polis juga perlu menyiasat 2 orang Pegawai Penyiasat yang membuka kertas siasatan kes ini sama ada mereka maklum mengenai kod rahsia UTK yang tak berapa nak rahsia 'save', 'exhibition' dan 'deposit', juga perlu dilakukan siasatan kebenaran dakwaan Sirul dan Azilah telah merogol Altantuya sebelum melakukan pembunuhan...

Siasatan mestilah telus dan menyeluruh dan apakah Tommy Thomas boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah (kerana keputusan akhir dibuat oleh Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi) kerana peguam Razak Baginda telah memulakan prosiding untuk Tommy Thomas kerana mengeluarkan kenyataan bias berdasarkan Akuan Bersumpah Azilah...

Siasat Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri Dan Hakim Perbicaraan


Dalam Akuan Bersumpah Azilah, beliau menyatakan Altantuya ialah seorang ajen rahsia ala 007 dan arahan yang diterima beliau ialah untuk menghapuskan Altantuya...

Kalau betul seperti dakwaan Azilah arahan tu datangnya dari DS Najib, kenapa DS Najib pada ketika itu ialah Menteri Pertahanan tak arahkan sniper atau penembak tentera untuk hapuskan Altantuya?

Kenapa arahkan anggota UTK untuk hapuskan Altantuya sedangkan PDRM adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri...

Nampaknya bukan Kementerian Pertahanan jer kena disiasat, Kementerian Dalam Negeri juga kena siasat sebab benarkan anggota UTK digunakan untuk menyelesaikan masaalah di Kementerian Pertahanan...😛😛😛

Apakah Malaysia sebagai negara merdeka yang berdaulat TIDAK ADA undang-undang untuk melindungi anggota atau pegawai keselamatan yang ditugaskan untuk menghapuskan perisik asing?

Di masa akan datang, anggota dan pegawai keselamatan yang ditugaskan untuk menghapuskan perisik asing, kena hati-hati yer, kalau tak nanti nasib anda semuanakan berakhir seperti Sirul dan Azilah!!!

Atau adakah U-Turn Hamid Bador kerana tekanan dari pegawai polis yang menentang IPCMC yang dicadangkan oleh DAP (BACA DI SINI) dan Hamid terpaksa ambil hati DAP untuk batalkan IPCMC, jadi Hamid Bador pun kena siasatlah juga gamaknya...😅😅😅

Hakim Mahkamah Tinggi yang membebaskan Razak Baginda dan menjatuhkan hukuman mati mandatori pada Azilah dan Sirul juga kena disiasat, termasuk juga hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Sirul dan Azilah juga mesti disiasat...

Hakim Mahkamah Rayuan juga mesti disiasat kerana terlepas pandang bahawa Altantuya adalah seorang konsultan, pakar penterjemah yang fasih dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris dan berbagai bahasa lagi dan mendiang juga adalah pakar dalam perundangan, pertahanan dan kewangan...

Kenapa mendiang dibayar atas khidmat nasihat pada urusniaga pembelian kapal selam yang telah dipersetujui beberapa tahun sebelum itu dan kenapa yuran perkhidmatan dimasukkan ke dalam akaun Terasasi Limited di Hong Kong?

Jelas, Altantuya bukanlah seorang model yang 'bisher-bisher' tetapi seorang yang sangat licik menggunakan aset kewanitaan beliau...

Siasatan Hamid Bador Mendahului Perintah Mahkamah


Pengumuman Hamid Bador bahawa pihak polis akan memanggil puluhan individu untuk siasatan semula (BACA DI SINI) menimbulkan reaksi dari ramai Timbalan Pendakwaraya...

Salah seorang dari mereka berkata Hamid lambat dalam menjalankan siasatan kes Semburit tapi sangat pantas dalam kes yang bermotifkan politik seperti Akuan Bersumpah Yusof Rawther dan Akuan Bersumpah Azilah...

Beliau juga mempersoalkan dari manakah saksi-saksi tersebut, siapakah sebenarnya mereka dan mengapa nama mereka tidak ada dalam perbicaraan yang lepas?

Seakan pihak polis sudah terlebih dahulu mengetahui dan membaca Akuan Bersumpah Azilah hingga Hamid dengan begitu pantas dapat mengumumkan siapa saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan mereka!!!

Apakah fungsi Jabatan Siasatan Jenayah sudah bertukar menjadi unit Cawangan Khas yang kepakaran mereka adalah mengumpulkan maklumat?

Persoalan yang ditimbulkan adalah berasas kerana kelazimannya pihak polis hanya akan memulakan siasatan selepas menerima Arahan Penyiasatan (ITI) dari pejabat Peguam Negara...

Status sekarang, Mahkamah Persekutuan baru menerima permohonan perbicaraan semula dan belum membuat sebarang keputusan kerana ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada April 2020 (BACA DI SINI)...

Tanpa keputusan dari Mahkamah Persekutuan, Peguam Negara TIDAK BOLEH mengeluarkan ITI dan Hamid TIDAK BOLEH memulakan siasatan, kenapa Tommy Thomas tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini?

Setiap kes yang sudah perbicaraan di mahkamah HANYA boleh dibuka semula HANYA setelah mendapat perintah mahkamah dan bukannya berdasarkan laporan polis yang dibuat!!!

Nampaknya Hamid Bador telah meletakkan integriti dan maruah PDRM di kaki ahli politik DAP!!!

What a shame!!!




Petikan dan tejemahan dari

Blog anotherbrickinthewall.com

Subscribe to receive free email updates: