Sokong Pembangkang, Dosa Besar Rosol Wahid Kata?



KUALA TERENGGANU: "Bagi yang berparti dan menyebelahi pembangkang, ia adalah suatu 'dosa besar' yang tidak boleh dimaafkan," kata Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid. 

<!--more-->Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas konflik yang melanda BERSATU sehingga membawa kepada pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Selain Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, empat ahli lain yang digugurkan keahlian adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). 

Rosol berkata, kesalahan mereka tidak boleh dimaafkan dan menasihatkan Dr Mahathir dan pemimpin yang terbabit tidak mementingkan diri sendiri. 

"Kalau kita lihat reaksi ahli dan kebanyakan orang di media sosial, ramai yang menentang mereka. Ini suatu yang malang terutama bagi seorang negarawan yang kita hormat dan banyak berjasa kepada negara yang mengambil tindakan yang saya rasa di luar kewarasan biasa," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan terhadap harga bekalan barang kawalan di Pasar Payang 2, di sini, hari ini. 

Konflik yang berlaku di dalam parti ketika ini dapat dielak sekiranya lima Ahli MPT yang digugurkan keahliannya itu kembali ke pangkal jalan. 

"Konflik yang berlaku ini amat menyedihkan dan saya secara peribadi merasakan ia tidak sewajarnya berlaku tetapi memandangkan ia sudah berlaku, maka tindakan yang dibuat terhadap lima pemimpin BERSATU itu adalah wajar kerana mereka secara jelas dan terang-terangan menyokong pembangkang.

"Apabila surat dikeluarkan dan mereka menyatakan bersama blok pembangkang, secara jelas mereka mengikuti kem pembangkang," katanya lapor Berita Harian


Subscribe to receive free email updates: