Akta Perubatan (Pindaan) 2012 Dan Peraturan Perubatan 2017 Dikuatkuasa Bermula Esok


KUALA LUMPUR - Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017 akan dikuatkuasakan bermula esok bagi memenuhi keperluan semasa amalan perubatan negara dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan perubatan yang selamat dan berkualiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, dengan penguatkuasaan itu, fungsi Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akan diperkukuh sebagai entiti korporat bagi mengawal selia amalan perubatan seluruh negara.

“Selain itu, melalui pindaan ini, semua doktor diwajibkan untuk mengambil insuran indemniti profesional jika ingin memperbaharui Sijil Amalan Tahunan (APC) bagi melindungi mereka sekiranya berlaku kes kecuaian semasa menjalankan tugas.

“Doktor juga diwajibkan untuk mengikuti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi permohonan APC bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran perubatan dan pengetahuan terkini sebelum merawat pesakit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to receive free email updates: