SYDNEY: Ketua Kewangan Vatican, Kardinal George Pell didakwa atas pelbagai tuduhan jenayah seks ke atas kanak-kanak di Australia, kata polis.
Polis Australia menyoal siasat ketua agama kanan Katolik itu di Rom pada Oktober lalu, namun beliau menafikan sekeras-kerasnya semua pertuduhan itu.
"Polis Victoria mendakwa Kardinal George Pell kerana sejarah kesalahan seksualnya," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Shane Patton kepada wartawan.
Katanya, terdapat beberapa aduan berkaitan tuduhan itu dan Pell diarah untuk hadir ke Mahkamah Melbourne pada 18 Julai depan. - AFP/Reuters