Singapura Naikkan Yuran Perkahwinan Mulai 1 Julai



SINGAPURA: Individu yang bakal melangsungkan perkahwinan di negara republik ini mungkin perlu mengeluarkan belanja yang lebih selepas ini.

Langkah itu berikutan pengenalan yuran perkahwinan baharu untuk rakyat Singapura serta warga asing oleh pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) di sini mulai 1 Julai ini.

Channel News Asia melaporkan, warga asing di sini antara yang paling terkesan apabila yuran itu dijangka dinaikkan hampir tiga kali ganda daripada yuran asal iaitu daripada S$128 (RM396) kepada S$380 (RM1,174).

Sementara itu, mana-mana pasangan yang salah seorang daripada mereka merupakan penduduk tetap atau rakyat Singapura juga dijangka berdepan masalah yang sama apabila yuran perkahwinan mereka dinaikkan kepada S$42 (RM130) berbanding S$26 (RM80) sebelum ini.- Utusan Malaysia

Subscribe to receive free email updates: