Sokong Najib bermakna sokong jenayahnya, kata Dr Mahathir

SELEPAS 14 tahun meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian, Dr Mahathir Mohamad kembali ke bekas kubu kuatnya di Kubang Pasu dengan mesej anti Perdana Menteri Najib Razak.
Bekas presiden Umno itu berkata, ramai ahli parti Melayu itu menghadiri majlis untuk berbuka puasa bersamanya.
“Saya sedih kerana ramai lagi daripada mereka yang masih berada dalam Umno,” tulis bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun itu dalam blognya chedet.cc petang ini.
Dr Mahathir berkata dalam ucapannya semasa majlis itu, beliau menggesa bekas penyokong kuatnya berhenti mengkhianati Umno yang sebenar.
"Tolaklah Najib dan keluarlah dari Umno Najib untuk menyertai gerakan menjatuhkannya dalam pilihan raya.
"Hentikan daripada melindung makhluk perosak ini," katanya.
Dalam ucapannya, Umno bukan lagi seperti parti yang dipimpinnya dahulu.
“Umno sekarang sudah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang sudah dan sedang dilakukan olehnya,” tulis pengerusi Bersatu itu.
“Ia menggunakan duit kerajaan dan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselewengkan, untuk sogok ahli-ahli Umno supaya terus menyokong dirinya.”
Dr Mahathir turut menerangkan kepada ahli Umno di Kubang Pasu tentang saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
“Laporan Department of Justice Amerika menunjuk bagaimana berbillion ringgit yang diselewengkan disalahgunakan, selain sogokan untuk mendapat sokongan; untuk cara hidup mewah.
“Duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di Amerika dan UK, berlian beratusan juta ringgit sebiji untuk isteri Malaysia Official 1,” tulis Dr Mahathir.
Menurut Dr Mahathir, tuduhan kononnya parti pembangkang termasuk dirinya mempengaruhi pengeluaran kenyataan DoJ merupakan satu “kebodohan yang luar biasa.”
Beliau berkata, negara AS bukanlah seperti Malaysia di mana perdana menteri menggunakan wang dan ugutan mempengaruhi tindakan dan kenyataan anggota kerajaan.
“Di Amerika, presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan dirinya dari pegawai berkaitan dengan apa sahaja salah laku olehnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: