Apa masalah Idris Ahmad jika Husam Musa jadi MB Kelantan?


 Naib Presiden PAS Idris Ahmad bertanya : Redhakah DAP laksana undang-undang Islam jika menang Kelantan?

 Apa sangkut pautnya DAP yang tidak bertanding sebarang kerusi di Kelantan dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan?

 Maafkan saya kalau saya katakan bahawa soalan itu adalah pertanda datangnya dari orang yang terencat akal atau sakit otak. Harap-harap Deris tidak begitu. Deris boleh apatkan nasihat dan pandangan pakar di Tanjung Botan yang berdekatan!

 Pertamanya, jika Pas tumbang di Kelantan dan Pakatan Harapan ambil alih negeri itu, tentunya ia akan di terajui oleh Parti Amanah Negara. Dan kalau Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar apa masalahnya kalau sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan?

  Kalau itu semua sudah keputusan Pakatan Harapan; bukan atas kehendak Lim Kit Siang atau DAP sahaja, apa masalahnya??

  Semua keputusan Pakatan Harapan yang diambil adalah bedasarkan kepada kesepakatan bersama. Tidak ada siapa yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Harapan.

  Tak perlulah Deris nak sibarkan fitnah dan tohmahan yang kononnya DAP yang mengatur segala-galanya.

 Betapa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah menyatakan penghormatan yang tinggi terhadap kewibawaan Husam dengan katanya :
"Husam ini angerah Tuhan bukan untuk Kelantan saja tapi untuk seluruh negara"
 Jadi apa masalah Deris Ahmad mahu mempersoalkan dan mengaitkan dengan DAP hal perlantikan Husam sebagai menteri besar jika Pakatan Harapan menang di Kelantan dalam PRU14 nanti?

 Dan tidak perlulah Deris Ahmad nak tanya sama ada undang-undang berunsur Islam akan dilaksanakan di Kelantan jika Pakatan Harapan memenangi negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kerana parti AMANAH memang dasarnya adalah Islam Rahmatan lil-Alamin.

 Adapun peraturan-peraturan seperti berpakaian menutup aurat dalam syarat kelulusan lesen perniagaan, pengasingan jantina di konsert, pawagam dan kaunter pasar raya, larangan poster model tidak menutup aurat, larangan pendandan wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya, dan terbaharu, mewajibkan peniaga pasar malam berhenti berniaga ketika masuk waktu solat Maghrib itu semua adalah dasar yang diperkenalkan ketika era pentadbiran Almarhum TGNA dan Husam Musa! Cepat sangat Deris Ahmad ni lupa??

 Deris Ahmad bertanya lagi, “Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja?”

 Memang sakit benar Deris Ahmad ni. Dia lupa bahawa Hj Hadi sendiri gagal untuk melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 walaupun enakmen tersebut diluluskan kerajaan negeri ketika di bawah pentadbiran PAS sebagai usaha untuk melaksanakan hudud di sana.


 Menurut Raja Kamarul Bahrin, di DUN Terengganu tahun lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) membawa usul membincangkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001 tetapi tidak disokong Adun PAS dan Umno yang menguasai 31 daripada 32 kerusi DUN.

 Umno dan PAS menolak usul Dr Syed Azman yang mahu membahaskan Enakman tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu.Baca lagi di sini

 Jadi adalah jelas bahawa bukan DAP tetapi Pas dan Umno sendiri adalah penghalang sebenar pelaksanaan undang-undang syariah di Terengganu  yang diluluskan 15 tahun lalu ketika PAS mentadbir negeri.

Subscribe to receive free email updates: