Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.
Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, semalam.
"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya kepad HarianMetro.