NURUL IZZAH TERDESAK DAKWA TUN M SUDAH "BERTAUBAT"!!!

Heh! Memang Retorik sungguh kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni. Pada suatu ketika dahulu, keluarga dia juga yang membuat dakwaan buruk terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Malah keluarga dia juga yang menghasut rakyat dengan menyemai sifat kebencian terhadap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Mahathir yang didakwa sebagai pemimpin yang 'Zalim'.

Bahkan, bekas Perdana Menteri itu juga pernah dilabelkan sebagai 'Mahazalim' dan 'Mahafiraun' hanya semata - mata kerana Tun Mahathir memecat jawatan bapa Si Nurul Izzah itu.

Dan pada ketika itu, dek kerana termakan hasutan serta juraian air mata palsu yang dititiskan oleh Nurul Izzah yang masih dalam usia belasan tahun membuatkan ramai pengikut PKR ditahan Polis.

Tapi sekarang, demi menjaga kepentingan Politik Peribadi serta menyambung kesinambungan karier Politik dirinya sendiri, Si Nurul Izzah tu sanggup menelan ludahnya semula.

Namun kali ini, Si Nurul Izzah tu tidak membuat pengakuan bahawa dakwaan yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu adalah rekaan semata - mata.

Sebaliknya, Puteri Reformasi itu lebih selesa memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir itu yang berdosa dan sekarang, bekas Perdana Menteri itu sudah kembali bertaubat.
“Sesiapa saja boleh bertaubat, menyokong dan bersama-sama agenda reformasi. Apabila saya lihat kembali apa yang Dr. Mahathir lakukan saya tidak boleh menolak sesiapa saja yang menyokong agenda reformasi kita. Kita haruslah berjiwa besar. Kita haruslah berfikiran terbuka,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Tetapi IRONIKnya, jika benar Tun Mahathir sudah bertaubat, kenapa dia masih juga menolak cadangan agar Si Ketua Penipu tu dipilih menjadi calon tunggal bagi jawatan Perdana Meteri?

Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu masih ada pandangan yang skeptikal terhadap bekas Timbalannya yang telah dipecat dari jawatan sebelum ini?

Walau apa pun alasan yang diberikan, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah itu hanya mempamerkan sikap 'Desperado' yang ada didalam dirinya untuk kekal elevan dalam arus Politik pada ketika ini. Maka sebab itu dia sanggup menjadi seorang yang MUNAFIK!!!

Subscribe to receive free email updates: