Apa nak jadi dengan Lebai-lebai Pas? Ngaku kononnya amal politik matang dan sejahtera, tapi terus bersekongkol dengan parti natang yang jadikan rakyat hidup sengsara.
Lantaran itu, tiada faedahnya bagi rakyat untuk terus memberi sokongan kepada Pas kerana sikap Pas seolah-olah dipimpin oleh orang yang terencat akal.
1) Ketika para pemimpin Harapan bimbang tentang masalah kleptokrasi dan skandal 1MDB , Presiden Pas kata itu semua agenda campur tangan asing dan boleh mengundang akibat yang lebih buruk.
2) Tatkala Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan harapannya supaya rakyat Kelantan akan memilih Dato Husam Musa sebagai menteri besar, Lebai-lebai Pas naik sasau dan meracau-racau macam kena sampuk!
3) Ketika Pakatan Harapan menyatakan hasrat mereka untuk menumbangkan Umno BN dan menawan Putra Jaya, sebaliknya, presiden Pas kata, Pas hanya mahu jadi penasihat kepada Umno BN.
4) Ketika Pakatan Harapan istiqamah menghentam dan mendedahkan salah laku Umno BN, Presiden Pas isytihar tidak mahu serang Umno BN sebaliknya sibuk serang dan tuduh DAP kononnya ‘Abang Long’ kepada Pakatan Harapan.
5) Ketika Pakatan Harapan melakukan Roadshow ke seluruh segara menjelaskan tentang skandal 1MBD, Pas baru terkial-kial nak buat meja bulat untuk bincang hal 1MBD.
6) Ketika Pakatan Harapan ajak rakyat tumbangkan kerajaan yang ada, Pas pula kata “Tukar kerajaan belum tentu baik”
7) Ketika Pakatan Harapan kata kerajaan Umno BN ini zalim, presiden Pas pula kata “Umno tidak sejahat firaun !”
8) Ketika almarhum TGNA dulu pernah berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan Umno dan Pas, tetapi Pas loni
berkata 'Demi menyatukan ummat Melayu di negara, Pas bekerjasama dengan Umno'
9) Ketika Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mahu jatuhkan PM Najib, Hj Hadi kata “Tiada faedah Pas nak jatuhkan Najib.
10) Tatkala Pulau Pinang dan Selangor bertambah maju dan banyak membantu rakyatnya, Kelantan yang di bawah Pas semakin mundur dan mengalami banyak masalah dan rakyat Kelantan semakin ditindas!
Maka amat benarlah apa yang Nik Abduh pernah sebut sedikit masa yang lalu :
“Katakanlah betul Umno nak menipu. Umno tipu Pas… baik , kita rugi gapo?Elok sangatlah Pas dan Umno bersatu... Yang seekoq menipu sokmo-sokmo, yang seekoq lagi tu kena tipu sokmo-sokmo...
“Apa kita rugi cuba kecek …. Rakyat tengok bahawa hok yang menipunya Umno tidak Pas…”