PERGINYA SEORANG WAKIL PERTAMA UTUSAN MELAYU DI KUALA LUMPUR DI USIA 94 TAHUN

Wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur  yang pertama  Encik Hussein Abdul Hamid yang dihantar oleh Ketua Pengarang dan Pengarah Urusan Utusan Melayu Yusuf Ishak pada tahun 1946 telah meninggal dunia di rumah anaknya  di Alam Impian Shah Alam pada subuh pagi ini ketika dalam  tidur di usia 94 tahun.

Jenazah Allah yarham akan dikebumikan  di Bukit Kiara  sebelum Zohor dan akan lebih dahulu  ditempatkan  di Masjid Alqhufran di Pinggir Taman Tun pada pagiini.

Gambar Allahyarham sedang meliputi upacara menaikan bendera UMNO bagi pertama kali  telah menjadi hiasan kulit buku sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri yang dihaselkan oleh saya 3 tahun yang lalu.

Keterangan gambar itu berbunyi: Wakil Utusan Melayu pertama Hussein Hamid sedang meliputi upacara menaikan bendera PEKEMBAR(UMNO) oleh Sultan Selangor Sultan Hishamudddin Alam Shah pada 13 April 1947 di Sultan Sulaiman Kelab Kampung Baru Kuala Lumpur

Dalam buku ini dicatitkan kedudukan Utusan Melayu yang beribu pejabat di Singapura setelah diasas oleh beberapa orang Meayu dengan diketuai oleh Yusof Ishak telah  menjdi semakin penting apabila ia menempatkan seorang wartawan yang baru berkhidmat sembilan bulan dengan Utusan sebagai wakilnya yang pertama selepas perang.Beliau ialah Hussein Abdul Hamid.

Hussein yang berkelulusan Senior Cambridge Grade 1 Raffles Institution Singapura menyertai  Utusan Melayu pada tahun 1945 ketika kerja-kerja pumulihan Utusan Melayu sedang dilakukan oleh Yusof slepas tamat perang Dua Keddua.

Yusof telah menempah pejabat Utusan di Kuala Lumpur di 157 Basrai Brothers Stationery,Batu Road( Sekrang Jalan Tuanku Abdul Rahman) kepunyaan seorang kawannya Noor Basrai yang menyediakan sebuah meja kecil di satu sudut untuk Hussein menjalankan kerjanya dan sebuah bilik tidur dengan sewaannya $50 sebulan.

Oleh kerana ketibaannya pada hari Ahad dan semua kedai ditutup,Hussein tidak dapat  membeli tilam dan tidur di atas lantai dengan bertikarkan surat khabar dan berbantalkan beg pakaiannya.

Sebagai wakil Utuan ,Hussein diberikan tanggungjawab untuk meliputi semua berita jenayah,sukan dan umum dan juga membuka cawangan baharu bagi menigkatkan jualan akhbar disamping menjalankan tugas kutipan iklan.Beliau sendiri yang menjalankan tugas menghantar khbar dan berita ke pejabat pos untk kemudian di hantar ke Singapura.

Beliau membuka wakil-wakil penjual Utusan di Kajang,Semenyeh,Beranang,Kuang,Port Swettenham,Tapah dan Tanjung Malim di samping aktif membuat laporan berita mengenai perkembangan politik Melayu terutamanya UMNO yang giat membka cawangan.Laporan mengenainya membantu kenaikan pasaran Utusan Melayu.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Hussein telah dibuang kerja oleh Yusof dengan bayaran gaji sebulan kerana bertanya kenapa gaji adiknya Aziz Ishak yang menggantiknnya di Kuala Lumpur meleibihi gajinya, Yusof memberitahunya " Ini adalah perkara keluarga".

 Yusof mempunyai saham terbesar dalam Uusan Melayu masa itu.Hussein dibayar sebulan gaji  dan sebulan lagi gaji sebagai ganti notis tamat perkhidmatan serta merta. Hussein meanggap Yusof sebagai diktator.

Yusof juga menghantar  Samad Ismail ke Jakarta sebagai wakil Utusan untuk memisahkannya dari gulongan komunis dan sosialis di Singapura atas kehendak Tunku Abdul Rahman yang tidak mahu Samad datang berkhidmat dengan Utusan di Kuala Lumpur kerana meanggapnya sebagai seorang komunis. Samad meletakan jawatan.

Subscribe to receive free email updates: