SUDAHKAH RAFIZI FAILKAN SAMAN TERHADAP RIZAL MANSOR???

Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Rafizi tu membuat ugutan macam orang hilang akal nak memfailkan saman terhadap Datuk Rizal Mansor ekoran pendedahan yang dilakukannya.

Ugutan itu dibuat apabila Datuk Rizal Mansor mendedahkan derma dari rakyat yang telah disalah-gunakan oleh Rafizi untuk membayar kepada syarikat milik dirinya sendiri sebelum ini.

Ekoran pendedahan itu, Rafizi menerusi video sidang media atas talian selama satu jam setengah menyifatkan tindakan Datuk Rizal Mansor itu sebagai bodoh. Dan ianya diulang beberapa kali.
"Walaupun sebelum ini saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Cakaplah apa pun, saya buat hubungan seks dengan lelaki, kucing ke, binatang ke, saya tak pernah saman.
"Contohnya, Papagomo paling banyak hentam saya tapi saya tak pernah saman walaupun fitnah-fitnah yang Papagomo buat seperti dakwaan saya dipecat dari Petronas kerana mencuri wang tuntutan perbelanjaan, dia kata saya gay dan sebagainya, saya tidak pernah saman.
"Kerana apa (saya tak saman)? Sebab Papagomo bankrap. Miskin. Bukan boleh buat dapat duit pun. Buang masa sahaja.
"Tetapi kali ini lain, kerana saya ingat Datuk Rizal Mansor ini ada back up kuat. Dia mempunyai wang dan mempunyai back up dan dokongan wang yang besar. Ya lah, dia tolong bawak beg Rosmah Mansor. Dalam tu berapa banyak wang? Beg itu sahaja kalau dijual boleh bayar saman kami," kata Rafizi.
Soalnya sekarang, adakah Si Rafizi itu sudah membuat laporan dan memfailkan saman terhadap pendedahan yang dilakukan oleh Datuk Rizal Mansor berhubung isu derma dari rakyat tersebut?

ATAU, adakah Si Rafizi tu hanya sekadar pandai meroyan macam budak kecik menerusi klip video yang disebarkan sebelum ini? Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah. Buang masa je buat ugutan sedangkan dia sendiri Kecut Buah Kerandut!!!

Subscribe to receive free email updates: