Bajet Kleptokrasi tidak diyakini mampu jadikan Malaysia negara maju

Bajet 2018 tidak diyakini mampu jadikan Malaysia negara majuDatuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) berkata, beliau tidak yakin bajet yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini dapat dijayakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur memandangkan banyak halangan dan cabaran bagi mencapai hasrat berkenaan tidak diatasi.
“Saya tidak yakin bajet ini boleh dijayakan dalam suasana perisian (software) yang pincang malah membawa kita jauh dan melambatkan cita-cita negara dalam mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohammed sejak tahun 1991 lagi,” katanya sewaktu berucap dalam Perbahasan Bajet 2018 di Dewan Rakyat kelmarin.
Jelas Mujahid, jika kita melusuri cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai W2020, kita akan dapati negara ini tidak berada pada landasannya yang betul.
“Ini adalah kerana kita tidak mengatasi cabaran tersebut dengan set minda yang betul. Saya hanya mengambil tiga cabaran untuk memberi komen pada peruntukan RM280 bilion yang akan dibelanjakan,” kata beliau.
Pertama kata beliau, kepentingan politik dan keinginan untuk terus berkuasa BN meletakkan pencapaian Bangsa Malaysia terhalang atas beberapa sebab, antaranya BN gagal membendung kebangkitan kebencian kaum yang kini merebak sebagai barah. Walaupun BN bukan entiti perkauman namun parti yang dominan dalam BN ‘dimandulkan’ nilai kepelbagaian yang sepatutnya dominan dengan membiarkan isu perkauman berleluasa tanpa satu ketegasan.
Seterusnya kata Mujahid, kerajaan masih lagi gagal membentuk masyarakat yang liberal dan toleran.
“Di manakah masyarakat ini apabila perkataan liberal terlalu taboo, didefinasikan secara sempit dan dihakmilikkan hanya oleh golongan otoriti agama? Di manakah toleran jika agama diradikalisasikan? Bagaimana kerajaan mengimbangkan keadaan jika orang di bawah gajinya sendiri dengan berjawatan Penolong Pengarah Kanan Agama Penjara Malaysia memporak perandakan masyarakat Islam dengan pandangan agama yang memecahbelahkan antara mazhab dalam Islam sendiri?” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: