Dah naik jelak dah orang mendengar dakwaan yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak ni setiap kali berlakunya pendedahan mengenai penyelewengan yang dilaporkan dilaman media sosial.
Hampir setiap kali perkara seperti itu berlaku, sudah pasti dakwaan kononnya wujud konspirasi untuk memburukkan imej mereka akan dijadikan sebagai alasan untuk menutup kemaluan mereka.
Kali ini pun tidak terkecuali apabila PKR mendakwa kononnya penahanan anak suadara kepada Menteri Besar Selangor itu merupakan satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh pihak tertentu.
Kata wakil pejabat Menteri Besar Selangor tu hari ini, berlaku kebocoran maklumat sebelum penahanan dibuat oleh pihak SPRM disebarkan secara meluas di media sosial dan jurublog UMNO.
"Namun kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial dan blogger UMNO sebelum penahanan dilakukan.
"(Ia) jelas menggambarkan wujud konspirasi jahat memburukkan reputasi menteri besar dan kerajaan negeri menjelang PRU," katanya dalam satu kenyataan kepada media pro-pembangkang, hari ini.
Walau bagaimanapun, wakil dari pejabat Menteri Besar Selangor itu tidak mengemukakan sebarang bukti akaun media sosial atau blog tertentu berhubung tuduhannya itu kepada media.
Itulah masalahnya dengan puak Pakatan Haprak ni. Kononnya diorang kata diorang nak menentang korupsi dari berleluasa. Tapi bila ada penahanan dibuat, mula la diorang mendakwa ada konspirasi.
Soalnya, SPRM lakukan penahanan bukan kerana suspek itu merupakan anak saudara kepada Menteri Besar Selangor merangkap pemimpin PKR itu. Tetapi dia ditangkap kerana berlaku penyelewengan. Kalau dah buat salah tu, mengaku je la. Jangan la buat tuduhan yang bukan - bukan!!!