RASUAH PASIR: "DENIAL SYNDROM" PKR SEMAKIN KRONIK!!!

UMNO Selangor hari ini membidas sikap Rejim Pakatan yang mendakwa wujudnya 'konspirasi politik' di dalam kes tangkapan anak saudara Menteri Besar Selangorberkenaan skandal pasir.

ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata ia sudah menjadi tabiat Pakatan Harapan (PH) untuk mengalihkan perhatian isu yang membabitkan mereka terhadap Umno.
"Demikianlah cara Pakatan Harapan (PH), mereka ada 'denial syndrom', apabila berlaku apa-apa masalah di kalangan mereka, mereka akan letakkan kesalahan itu terhadap Umno, termasuklah media, untuk mengatakan seolah-olah mereka tidak bersalah," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Sulaiman berkata demikian sebagai responnya terhadap kewujudan 'konspirasi jahat' yang didakwa bertujuan memburukkan kredibilliti Azmin dan kerajaan negeri menjelang pilihan raya yang akan datang.

Sulaiman menambah, selain bersikap sedemikian, Pakatan Haprak itu juga juga pernah mencemuh institusi kehakiman negara apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mereka. 
"Membabitkan isu di mahkamah. Jika mereka menang, hakim akan dipuji dan disifatkan sebagai adil. Jika sebaliknya mereka akan dakwa hakim itu dibeli dan tidak telus.
"Apakah benar berlaku masalah rasuah dalam kepimpinan mereka? Hari ini mereka cuba melaungkan kerajaan Selangor di bawah Azmin bersih dan tidak ada masalah," tambah Sulaiman.
Anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Nuzul Fadli telah ditahan reman selama tujuh hari selepas dipercayai melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor.

Selain Nuzul Fadli, Majistret Ainna Sherina Saipolamin juga mengeluarkan perintah reman terhadap tiga yang lain. Keempat-empat mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.

SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit. Difahamkan, tangkapan itu menyusul setelah pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori yang disyaki membawa pasir haram semalam.

Subscribe to receive free email updates: