Itulah retoriknya parti yang selama ini mendakwa kononnya mereka lebih MAKSUM dari orang lain. Asal ada ahli parti yang tampil bercakap benar je, macam - macam tuduhan dilemparkan.
Ada saja gelaran yang akan diberikan kepada mereka. Ada yang digelar sebagai 'Pemakan Dedak', ada yang didakwa terima rasuah. Dan tak ketinggalan, ada juga yang dituduh Pengkhianat.
Walhal, ahli parti tu hanya menuntut kebenaran dari pucuk pimpinan. Mereka mendesak agar pucuk pimpinan parti berkata benar dan menjelaskan isu yang dibangkitkan selama hari ini.
Diantara isu yang dibangkitkan ialah soal kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh ahli keluarga Pengerusi PPBM dan isu skandal yang melibatkan Presiden parti itu sebelum ini. Itu sahaja.
Sedangkan isu - isu itu sekarang menjadi persoalan dikalangan rakyat dan mereka sebagai ahli parti perlu tahu kedudukan isu sebenar yang dibangkitkan bagi mempertahankan parti.
Malangnya, pucuk pimpinan parti itu bukan sahaja tidak memberikan penjelasan. Sebaliknya mereka menuduh pihak yang membangkitkan isu tersebut sebagai Pengkhianat parti.
Jadi, tak heran la bila ada dikalangan ahli parti tu yang memberontak serta mengugut untuk keluar dari parti diatas tuduhan yang telah dilemparkan terhadap mereka secara terang - terangan.
Malah, ada dikalangan mereka yang merasa kesal dan kecewa diatas tuduhan yang dibuat sehingga menyebabkan mereka terpaksa tampil dilaman media untuk meluahkan rasa hati mereka.
Sudah la dilabel sebagai Pengkhianat, diugut pulak nak dipecat dari parti. Maksum sangat ke PPBM ni? Itu ke perjuangan yang dibanggakan sangat oleh PPBM selama hari ini? Sedangkan masa dalam UMNO dulu, bila diorang kena pecat, pandai pulak diorang tuduh UMNO zalim dan tidak bersifat terbuka terhadap luahan hati ahli parti!!!