Sebuah artikel di akhbar South China Morning Post mencadangkan bahawa serangan oleh pemimpin Umno ke atas lelaki terkaya di Malaysia, Robert Kuok direkayasa untuk membakar bisikan "anti-Cina".
"Kebanyakan pemerhati berkata bidasan terhadap Kuok adalah satu bentuk perkauman melalui wisel anjing dalam gabungan parti komponen BN yang memerintah, mencadangkan ia antara usaha untuk mencetuskan sentimen anti-Cina di negara majoriti Melayu ini menjelang pilihan raya umum,” petik laporan itu.
Politik wisel anjing adalah istilah yang sering digunakan dalam politik Amerika Syarikat untuk menggambarkan bahasa berkod yang hanya boleh dicerap atau difahami oleh kumpulan tertentu dan bukannya oleh majoriti.
Tokoh akademik, Rashaad Ali memberitahu SCMP bahawa dengan menyerang Kuok, sasaran utama sebenarnya adalah DAP yang dikuasai Cina dan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu.
"Ini hanya peluang politik untuk menyerang DAP dan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa Cina akan mengambil-alih,” kata Rashaad, seorang penyelidik di Pengajian Antarabangsa Singapura dari Sekolah S Rajaratnam.
Kuok, yang dilahirkan di Johor pada tahun 1923, menjadi lelaki terkaya di Malaysia selama beberapa dekad.
Pemimpin kanan Umno mula menyerang kredibiliti Kuok dan menuduhnya tidak bersyukur berhubung satu artikel di blog Malaysia Today yang mendakwa bahawa jutawan itu membiayai DAP.
Pejabat Kuok menafikan dakwaan itu dan merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan kepadanya oleh kerajaan Malaysia.
Kuok pernah memiliki SCMP antara 1993 dan 2016, sebelum organisasi berita itu bertukar milik kepada Kumpulan Alibaba China.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menyatakan kebimbangan sama bahawa komuniti Cina adalah sasaran utama di sebalik serangan Umno terhadap Kuok.