Nik Abduh, tidak perlu lagi berselindung....

Oleh Mohd Fitri Bin Asmuni

 1. Terima duit UMNO tidak salah, jika kamu terus terang mahu bersama UMNO dan mahu UMNO terus menerajui kerajaan. Bila kamu terus terang, rakyat mudah faham;

 2. Maknanya, kamu terima duit UMNO boleh jadi kerana UMNO sendiri minta kamu tolong menangkan UMNO ataupun kamu sendiri menawarkan diri dan minta UMNO beri duit untuk kamu bantu memenangkan UMNO dan diri kamu sendiri dalam PRU-14 akan datang;

 3. Jika kamu masih mendakwa kamu sebagai parti pembangkang, sudah tentu rakyat akan melihat objektif perjuangan kamu ialah untuk menewaskan UMNO dalam PRU-14 akan datang;

 4. Sehingga kini kamu masih mendakwa kamu parti pembangkang, tetapi dalam masa yang sama kamu terima pula duit UMNO. Ini pelik !;


 5. Bila jadi macam ini, rakyat mula mempersoalkan mengapa? Apa tujuan kamu terima duit UMNO? Kamu nak lawan UMNO atau nak berkawan dengan UMNO? Kamu nak tewaskan UMNO atau nak menangkan UMNO? Kamu ini betul ke parti pembangkang?;

 6. Sekarang desas desus bahawa kamu terima duit UMNO sudah jadi viral melalui audio yang tersebar di Facebook. Audio tersebut menguatkan lagi sangkaan rakyat terhadap kamu. Sekarang masa untuk kamu menjawab !;

 7. Dalam masa yang sama, kamu juga mesti jawab soalan nombor 5 di atas. Kalau kamu kata kamu masih parti pembangkang, kenapa kamu terima duit UMNO? Kalau kamu kata kamu bukan lagi parti pembangkang, kenapa kamu tidak berterus terang sejak dari awal lagi? Betul kamu terima duit UMNO untuk menangkan UMNO?

 8. Nik Abduh, tidak perlu lagi berselindung. Sila tampil ke depan dan jawab !

Subscribe to receive free email updates: