Dilaporkan Tun Mahathir akan perkenalkan semula dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya Pakatan Harapan menang.
KUANTAN - Pakatan Harapan (Harapan) tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya parti gabungan itu menang pada PRU14.http://www.sinarharian.com.my/politik/ppsmi-akan-diperkenalkan-semula-jika-harapan-menang-1.803641
Jika pembaca masih ingat, PPSMI adalah satu legasi Tun Mahathir yang membuatkan rakyat marah kepada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akibat daripada kemarahan rakyat, satu perhimpunan menolak dasar tersebut telah diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009.
https://www.ibnjuferi.org/sekitar-demonstrasi-menentang-ppsmi-di-masjid-negara/ |
Walaupun perhimpunan tersebut diketuai oleh PAS, tetapi ada juga sebilangan masyarakat bukan Melayu yang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Di sinilah permulaan Datuk A Samad Said menyertai gerakan pembangkang. Bermula dengan himpunan anti PPSMI bersama PAS, kini Samad Said telah menyertai DAP.
http://greenboc.blogspot.my/2009/03/himpunan-bantah-ppsmi-polis-bertindak.html |
Memang ada legasi Tun Mahathir yang baik, tetapi banyak juga yang ditinggalkan menyusahkan penggantinya seperti dasar PPSMI.
Bagi isu PPSMI, golongan paling ramai menolak dasar ini adalah guru. Kajian yang dibuat oleh UPSI, antara sebab kenapa dasar ini gagal adalah kerana guru yang mengajar Sains dan Matematik sendiri menggunakan bahasa campur kerana mereka sendiri kurang mahir. Akibatnya, murid-muridlah menjadi mangsa.
Adakah guru masih ingin menyokong Pakatan Harapan yang cuba mengembalikan satu dasar yang pernah ditolak secara besar-besaran oleh para guru? Kerana yang mencadangkan dasar tersebut tidak pernah belajar dan mendengar kehendak rakyat. Dia akan melakukan apa yang dia rasakan betul. Jika dasar tidak popular seperti PPSMI, tidak mustahil ada lagi dasar atau akta yang ditolak oleh rakyat yang akan diperkenalkan semula.
*Fikir-fikirnya.