Bila sahaja Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan,Tun Daim Zainuddin membuat teguran terbuka supaya kerajaan berhenti mengungkit kesilapan kerajaan lalu dengan sekaligus rakyat memikirkan bahawa teguran itu ditujukkan kepada Tun Mahathir.
Teguran ini tepat pada masannya dan dilihat sebagai teguran ikhlas dan berani seorang sahabat kepada sahabat kerana jika berterusan, kerajaan akan terdedah sebagai lebih mengutamakan permainan politik dari mengutamakan kerja-kerja untuk rakyat yang banyak dijanjkan dalam pilihanraya lalu.
Adalah wajar bagi pemimpin pembangkang atau UMNO untuk bermain politik kerana mereka dalam keadaan sasau hilang kuasa tetapi PH tidak seharusnya terperangkap menari mengikut rentak gendang mereka kerana kerajaan boleh membukitkan kesilapan mereka menerusi proses keadilan sekarang.
Tindakan ini sedang diambil oleh kerajaan bagi memenuhi harapan paling besar dan paling utama rakyat dan dirastui oleh rakyat bagi melihat sebuah kerajaan yang bersih cekap dan amanah.
Kesedaran ini ada pada Tun Dr.Mahatir sendiri yang dalam jawapannya kepada Tun Daim berkata " Let The law take care of that and not us".Tetapi beliau mungkin tidak sedar telah terlanjur.
Rakyat yang menyokong PH sedar bahawa bekas perdana menteri,Datuk Seri Najib bertongkos lomos untuk membasuh dosanya di luar Mahakmah tetapi kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana kerajaan ada hakim dan mahkamah yang diserahan kuasanya oleh rakyat kepada PH apabila mereka mencampakan keluar Najib dari kerajaan kleptocracy yang dikuasainya.
Kalau kerajaan juga mahu menegakan kebenarannya menerusi politik maka kerajaan akan terlihat sebagai menyalahgunakan kuasa dan tidak yakin kepada kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.
Langkah kerajaan untuk mendedah,menangkap dan membicarkan perasuah dan perompak negara tidak sahaja dari kalangan politik tetapi juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan dengan segera selepas sahaja bekuasa dilihat oleh rakyat sebagai telah memenuhi harapan utama mereka dalam menunaikan janji utama manifesto PH yang mendorongkan mereka memberikan undi kepada PH.
Rakyat yang rasional dapat befikir bahawa kerajaan tidak mungkin akan dapat menunaikan semua janjinya dalam masa enam bulan tetapi mereka diyakinkan oleh keupayaan kerajaan megemukakan belanjawan pertama 2019 yang boleh diharapkan untuk membetulkan kesilapan lalu terutama dalam penjimatan wang negara.
Tindakan-tindakan yan lebih tegas tanpa tolak ansur keatas pihak birokrasi kerajaan yang selama ini dikenali sebagai ladang rusah tetuamanya Polis Diraja Malaysia,Jabatan Imigrasi dan Jabatan Pengangkutan akan merawat perasaan rakyat yang terluka sekian lama.
Pembaruan cara kerja wakil- wakil rakyat dalam mendekati rakyat tanpa kemegahan datuk dan baju batik tetapi lebih dalam sikap rakyat biasa tanpa majlis dan sambutan rasmi dan mengenali masalah harian mereka akan mengalahkan perasaan kekecewaan rakyat dalam menunggu faedah dari projek-projek mega kerajaan yang menelan belanja berjuta atau berbilion ringgit.
Kerajaan tidak seharusnya meanggap rakyat yang telah berkorban masa dan tenaga dengan sukarela malah ada sanggup mengumpul wang untk lembali dari luar negara bagi mengundi untuk jatuhkan kerajaan rasuah Najib akan mudah terpengaruh dengan drama Bugis yang tida pernah kelihatan jati diri rakyat biasa.