Batal tahaluf siyasi: PKR mahu dapatkan kepastian dari PAS

Ia akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi parti untuk kita putuskan tindakan selanjutnya, kata ketua penerangan
Syed-Ibrahim-Syed-Noh
PETALING JAYA: PKR mahu mendapatkan kepastian daripada PAS berhubung ketetapan Majlis Syura Ulama membatalkan “tahaluf siyasi” sebelum memberikan sebarang komen.
Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR tidak boleh memberi komen sehingga mendapat sesuatu yang rasmi dari PAS.
“Tak boleh bincang lagi (dengan FMT), sekarang sebab sekarang ini ia sedang dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR,” katanya ketika dihubungi.
“Biar kami dapatkan kepastikan dari PAS. Setelah itu kita bincang dalam kalangan PKR untuk kita putuskan tindakan selanjutnya.”
Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta-merta, “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan itu.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti
RUU355.
“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,”
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :