Bekas VC: Tak salah mohon UiTM hantar pelajar ke sambutan Umno

UiTM diwujudkan Umno untuk Melayu dan Bumiputera, jadi sambutan ulangtahun sebuah parti Melayu sebahagian 'learning process' para pelajar.
sahol-uitm-umnoPETALING JAYA: Jika betul sekalipun, Umno berhak memohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar pelajarnya ke Sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, kata Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.
Lagipun, bekas naib canselor UiTM itu menegaskan universiti itu diwujudkan Umno, untuk orang Melayu dan Bumiputera.
“UiTM universiti yang diwujudkan oleh Umno. Tak salah Umno memohon UiTM untuk menghantar pelajar. ‘Its a learning process’. Sebahagian daripada pengetahuan yang perlu tahu.
“Asal usul UiTM perlu diketahui pelajar. UiTM universiti untuk orang Melayu dan Bumi (Bumiputera). Umno parti Melayu. Logiklah ia dihadiri pelajar Melayu,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas dakwaan PKR hari ini yang mempersoalkan tindakan UiTM di Shah Alam mengarahkan pelajar
menyertai sebuah perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini, yang kebetulannya menjadi lokasi sambutan ulang tahun ke-71 Umno malam ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi tadi.
Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2.00 petang tadi.
Afif mahu Naib Canselor UiTM Datuk Dr Hassan Said memberi penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun… memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”.
Sahol berkata parti pembangkang tidak perlu dwistandard dalam perkara ini.
“Semua parti berbuat demikian. Parti pembangkang berbuat demikian tanpa pengetahuan dengan kemahuan pelajar,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :