SIBU: Individu yang ditangkap membuang sampah merata-rata di Sibu akan dikenakan kompaun RM500 bermula 1 Julai tahun ini.
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King.
Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, tabiat membuang sampah merata-rata memang tidak pernah berhenti sejak dahulu lagi.
justify;">
"Membuang sampah (sembarangan) merupakan tabiat buruk. Adalah penting supaya kesedaran sivik dan toleransi dipertingkatkan kerana perkara ini sudah diajar di sekolah.
"Masih terdapat individu yang tidak mempunyai kesedaran dan bertimbang rasa dengan orang lain.
"Peraturan ini turut dilaksanakan di negara lain," katanya.
Beliau menambah, kempen larangan membuang sampah merata-rata dan polisi 'Tiada Beg Plastik' dilihat kurang memberi kesan.-Sarawakiana