Pelajar Meninggal Dunia Di Asrama


PARIT BUNTAR: Seorang pelajar perempuan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Parit Abas, Kuala Kurau di sini, ditemui tidak sedarkan diri ketika Subuh tadi.

Kejadian disedari jam 6 pagi ketika pelajar
tingkatan dua itu mahu dikejutkan oleh rakannya.

Petugas paramedik dari Hospital Parit Buntar kemudian mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat mengenal pasti punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan. BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :