TINDAKAN seorang pengunjuang taman tema air yang merakam seorang kanak-kanak disyaki lemas dikecam orang ramai selepas rakamannya tular.
Menurut Malaysian Digest, dua video rakaman yang dimuat naik ke laman Facebook pada 6 Mei lalu tersebut telah ditonton lebih 1 juta kali.
Sebuah video menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terapung di permukaan kolam taman tema berkenaan.
Beberapa pengunjung lain dilihat melepasi mangsa tetapi tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa.
style="text-align: justify;">Selepas hampir seminit, seorang wanita akhirnya berenang mendapatkan kanak-kanak tersebut dan mangsa dilihat jelas longlai dan tidak bermaya.
Video rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak terbabit.
Rata-rata pelayar laman Facebook mengecam tindakan perakam yang disifatkan kejam.
"Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh," kata seorang pelayar.
"Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini," kata seorang lagi pelayar yang bengang.
Waktu dan lokasi kejadian gagal dipastikan. - Sinar Harian