NEW DELHI – Kira-kira 26 orang terbunuh, manakala 30 orang cedera apabila dinding sebuah bangsal runtuh lalu menghempap ke atas tetamu sebuah majlis perkahwinan di utara India, kata polis semalam.
Menurut Reuters, dinding setinggi 3.6 meter yang bersambung dengan bangsal itu runtuh ke atas sebahagian tetamu yang berlindung di bangsal
berkenaan semasa ribut petir dan angin kuat, kata Ketua Polis Negara, Alok Vashishtha, lapor Kosmo.
Kemalangan itu berlaku berhampiran sebuah dewan besar yang terletak di daerah Bharatpur, Rajasthan lewat kelmarin.
Lima kanak-kanak antara terbunuh, manakala tetamu yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi melalui Twitter melahirkan rasa sedih atas kemalangan itu.- suaraTV