Moto2: Jerez Pentas Hafizh Laung Kebangkitan


KUALA LUMPUR: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tampak berada di prestasi terbaik menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol, hujung minggu ini dan meletakkan sasaran menjadikan Litar Jerez sebagai medan kebangkitan. 

Selepas tiga pusingan perlumbaan, penunggang PETRONAS Raceline Malaysia itu belum mencetuskan impak membanggakan, namun kemenangan ketika beraksi di Kejuaraan Eropah minggu lalu, jelas memberinya keyakinan. 

Pada aksi di Litar Albacete, Sepanyol itu, Hafizh yang beraksi menerusi tiket wild card, gah memenangi perlumbaan dengan jurang selesa dan berharap maklumat yang diperoleh dapat membantunya meraih keputusan lebih positif dalam Kejuaraan MotoGP Dunia. 

style="text-align: justify;">"Saya perlu bekerja keras di sini. Pelumba Eropah kebiasaannya amat pantas dan konsisten di sini," kata pelumba 22 tahun itu. 

"Menggunakan maklumat berharga yang diperoleh pada minggu lalu dan ketika sesi ujian sudah tentu akan membantu saya. Saya mahu memberikan yang terbaik di sini dan meneruskannya daripada situ." 

Pada tahun lalu, Hafizh menamatkan saingan di Jerez di kedudukan ke-11 yang menyaksikannya mengutip lima mata berharga. 

Pengurus Pasukan, Razmin Masli Abdul Razak dalam pada itu berkata pasukan akan memberikan yang terbaik untuk Hafizh menghadapi perlumbaan minggu ini. 

"Perlumbaan dan latihan tambahan pada minggu lalu sepatutnya meningkatkan moralnya untuk melakukan yang terbaik. Dia ketika ini sudah bersedia dari sudut fizikal dan mental," katanya. 

Selepas tiga pusingan, Hafizh ketika ini menghuni tangga ke-14 kelas Moto2 dengan 11 mata. - BH

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :