Noh Omar menyifatkan PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai, tetapi masih mahu tinggal bersama.
Ini kerana katanya, mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah dipecat.
“Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat ‘suami
isteri’ yang sudah bercerai, tapi masih mahu tinggal bersama…PAS sanggup jadi ‘suami’ dayus.
“Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan ahli PAS, adun atau exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.
“Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu…PAS kini pembangkang di Selangor,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>