Mukhriz menurunkan tanda tangan ketika merasmikan Pejabat Bersatu Tanah Merah.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama Pas dengan Umno akan membawa kepada pembahagian kerusi pilihan raya antara dua parti terbabit dan perkara itu tidak diyakini boleh berlaku.
"Jika berlaku agihan kerusi antara keduanya (Pas dan Umno) sebagai bentuk kerjasama, mereka
akan berdepan dengan Pakatan Harapan yang akhirnya akan jadi satu lawan satu dan ini akan memudahkan kita," katanya pada sidang media sempena majlis perasmian Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tanah Merah di Wisma In, dekat sini, hari ini.
Mukhriz berkata, jika Pas tidak bekerjasama dengan Umno, kemungkinan besar pula akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara dua parti itu dan parti komponen Pakatan Harapan pada PRU14.
"Jika tak bekerjasama dan berlaku tiga penjuru, kita kena lihat kenapa boleh berlaku sampai tiga pihak bertanding, sama ada dia (Pas) bertanding untuk menang dan tubuhkan kerajaan atau saja nak kacau keadaan kemudian serahkan kepada Umno," katanya.
Read More / Baca Lagi >>