Bintang YouTube Ditahan Selepas Minta Peminat Video Seks



Bintang Youtube Austin Jones, 24, menghadapi tuduhan pornografi kanak-kanak selepas meminta gadis remaja untuk 'membuktikan' bahwa mereka benar-benar peminatnya dengan video seks.

Jones, 24, ditahan di Lapangan Terbang O'Hare Chicago pada Isnin, 12 Jun lalu.

Penyanyi yang telah mengumpulkan lebih 500,000 pengikut ini menerusi nyanyian acapellanya, telah didakwa menggunakan Facebook dan iMessage untuk mendapatkan video seks daripada gadis-gadis remaja sekaligus mendesak mereka untuk "membuktikan" bahawa mereka adalah peminat yang paling besar.

Mangsa-mangsa berkenaan dipercayai lingkungan usia 14 tahun.

Menurut Chicago Sun Times, Austin kini dalam tahanan dan akan dibicarakan di mahkamah. Jika sabit kesalahan, Austin akan berdepan hukuman sekurang-kurangnya penjara 15 tahun. - MD

Subscribe to receive free email updates: