Malaysiakini melaporkan LGE tak rela kepimpinan parti bunga menjadi ketua kepada pakatan pembangkang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menolak kemungkinan dua jawatan utama Pakatan Harapan diisi tokoh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).Sudah terang lagi bersuluh, mereka hanya perlukan pemimpin Melayu yang akan ikut cakap DAP diletakkan sebagai ketua, mudah untuk diperkotak katikkan.
"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (HARAPAN) diisi oleh BERSATU. Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap HARAPAN)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Lim ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua jawatan berkenaan - yang belum diketahui kedudukannya - diisi oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, HARAPAN belum membuat keputusan muktamad mengenai barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu.
http://ift.tt/2rtavCA
Harap orang Melayu sedar dan nampak 'game' DAP. Jika benar, pembangkang mahu mengalahkan BN, kenapa susah sangat nak lantik ketua atau bakal Perdana Menteri?
Kerana setiap dari mereka mempunyai agenda tersendiri. Rakyat bukanlah perkara utama. Mereka menggunakan nama RAKYAT sebaliknya KUASA untuk keluarga juga yang menjadi perkara pokok.
Yang parti Melayu dalam pembangkang ada yang nak letak suami jadi ketua, ada yang nak letak Boboy kesayangan. Pantang dikritik, pengkritik akan dikenakan tindakan disiplin. Yang bukan Melayu pulak tak nak pemimpin yang kuat jadi ketua.
Tu belum dapat kuasa. Kalau dah dapat, tak tau la apa yang jadi pada negara ini dengan parti komponen berebut jawatan. Nauzubillahiminzalik.....