Formula Baru Tentu Harga Runcit Bahan Api Akan Dibincang Dan Diumumkan Ini


Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa formula baru bagi menentukan harga runcit bahan api akan diumumkan minggu ini.

Bernama melaporkan, beliau berkata langkah itu diambil untuk memastikan kestabilan industri minyak domestik.

Kementerian berkekenaan akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terlibat dalam indsutri minggu depan untuk membincangkan formula yang dapat memanfaatkan semua.

style="text-align: justify;">“Kita bersimpati dengan pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian ketika harga minyak jatuh.

“Mereka (pengusaha stesen minyak) merasakan bahawa mereka menjadi mangsa (jika harga minyak turun),” jelasnya.

Beliau turut akan mengajukan cadangan agar kerajaan membantu pengusaha stesen minyak memandangkan mereka menjadi kelompok yang paling terkesan dengan situasi harga minyak yang tidak menentu.

Beberapa minggu ini, harga minyak semakin menurun. Rabu lalu, harga bahan api rata-ratanya menurun sebanyak tujuh sen.

Sejak 1 April lalu, harga runcit bahan api petrol RON 95, RON 97 dan diesel ditentukan secara mingguan. - Paultan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :