Kisah Seorang Lebai Ha Ha!


  Kita dimaklumkan bagaimana Hj Hadi bercerita tentang kisah pertemuannya dengan seorang Duta AS, yang bertanya kepadanya, siapakah yang dicalonkan PAS sebagai perdana menteri Malaysia kalau memenangi PRU?

"Saya menjawab secara sepontan: Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS? Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam," ceritanya.

Pengisahan pertemuan Abdul Hadi berhenti setakad itu sahaja tanpa diikuti apa-apa ulasan atau maklumat lanjut.

 Biarlah saya ceritakan kepada semua walaun, kenapa mereka semua ketawa besar terbahak-bahak. Dimanakah kelucuannya yang sebenar ? Dan siapakah yang akan terus ketawa kerana kebodohannya sendiri  itu ?

 Jom kita lihat kepada situasi ketika itu.Pakatan Rakyat adalah gabungan parti pembangkang utama - PKR, DAP dan PAS - yang dibentuk bagi menghadapi BN menjelang PRU ke-13.

Di sepanjang kempen pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat telah mengistiharkan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri. Namun begitu, risikan Duta US itu dapat mengesan Hj Hadi dan penasihat-penasihatnya mempunyai pandangan lain.

 Maka sebab itulah Duta tidak panggil pemimpin DAP atau pemimpin PKR sebab pendirian mereka adalah jelas, Tetapi Duta menjemput presiden PAS, Hj Hadi untuk mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlegar-legar dalam kepala Hj Hadi.

 Hj Hadi sendiri menyatakan bahawa dia menjangkakan Duta itu akan bertanyakan mengenai hudud kepadanya. Barang sudah tentu, Hj Hadi sudah menyiapkan dirinya dengan segala soal jawap hudud, siap dengan ayat Quran dan Hadith...

 Tiba-tiba soalan cepu emas yang Hj Hadi harap-harapkan itu tidak keluar! Yang keluar ialah : Siapakah yang dicalonkan PAS sebagai perdana menteri Malaysia kalau memenangi PRU?

  Ini menjadikan Hj Hadi terkedu sebentar tapi tidaklah sampai dia melatah hingga terkeluar kata, "Akulah!"

  Tetapi dengan sepontan itu juga, Hj Hadi bertanya semula, "Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS?" Dia bertanya agak gugup tapi penuh satu harapan yang menggunung ...

  Sudah tentu Duta itu terkesima sejenak mendengar kata-kata Hj Hadi itu. Memang betullah risikan yang telah diterimanya sebelum ini bahawa Hj Hadi tidak bersetuju Anwar Ibrahim jadi perdana Menteri.Kalau tidak, sudah tentu mulut Hj Hadi akan meluncur keluar nama Anwar Ibrahim!

  Sementara itu Duta itu sempat terfikirkan, apakah Hj Hadi mahu dia jawab :

"Kamulah yang AS suka!.... dan dengan sepontan itu juga hati kecil Duta itu berkata, " Janganlah nak perasaanlah Hj Hadi hoi! Nama kamu tak ada siapa pun yang cadangkan sehingga kini! - itu yang menyebabkan Duta itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak Bhahahahaha!

 Yang kelakarnya, Hj Hadi yang tidak perasaan yang orang sedang mentertawakannya, telah ikut sama ketawa besar Ha! Ha! Ha! Ha!

  Selepas itu, Pakatan Rakyat mula mengalami krisis calon perdana menteri beberapa hari sahaja menjelang hari mengundi. Hal ini menjadikan kempen Pakatan mula terencat.

 Oleh kerana kuasa untuk jadi perdana menteri terletas atas bilangan kerusi parlimen yang dimenangi, maka tidak hairanlah kenapa Hj Hadi sendiri telah mengkhianati calon Pakatan Rakyat dengan menandatangani sendiri perlantikan calon dari PAS untuk sama bertanding di beberapa tempat yang telah dipersetujui. Itu yang timbul memfitnah konon ada calon PKR jual pill kuda, kominis lah bagai...

  Kawan-kawan walaun saya sudah mula berkata sesama mereka, "Kita ahli PAS, kita mesti sokong presiden kita jadi Perdana Menteri, kenapa kita nak lantik presiden dari parti lain?"

 Akhirnya Pakatan Rakyat sudah pun berkubur dan digantikan dengan HARAPAN. Hj Hadi pula kini mula keluar masuk hospital dan dia kini lebih di kenali ramai sebagai Lebai Ha! Ha!

Subscribe to receive free email updates: