Obor KL2017 Selesai Jelajah Borneo


KUCHING: Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang diarak dari utara negeri ini selepas menamatkan penjelajahan di Sabah pada 8 Jun lalu, tiba di Kuching, lokasi terakhirnya di Borneo, semalam.

Obor berkenaan tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 4 petang tadi dan kemudiannya dibawa menyeberangi Sungai Sarawak dengan menaiki pengangkutan ikonik Bandaraya Kuching, perahu tambang ke destinasi seterusnya, Tebingan Kuching dengan diiringi Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan.

Setibanya di Tebingan Kuching yang menjadi lokasi tumpuan utama pelancong di bandar raya ini, obor berkenaan disambut oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berkata, lima lokasi utama menjadi perhentian obor berkenaan sejak ia tiba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Lawas, 8 Jun lalu dan esok obor peniup semangat atlet negara itu akan diterbangkan ke Perlis pula.
style="text-align: justify;">
"Kami memilih lokasi ikonik untuk menjadi perhentian obor ini di Sarawak dan selepas tiba di Lawas ia diterbangkan ke Taman Negara Gunung Mulu pada 9 Jun lalu. Gunung Mulu dipilih kerana ia adalah salah satu Tapak Warisan Dunia di negeri ini.

"Pada 11 Jun, obor diterbangkan ke Sibu dan dibawa kle rumah panjang masyarakat Iban di Skuau dan seterusnya semalam (kelmarin) obor dibawa merentasi jambatan sungai terpanjang di negara ini iaitu Jambatan Batang Sadong dalam Bahagian Samarahan," katanya.

Selepas Tebingan Kuching, obor kemudian dibawa ke Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya dengan penyanyi terkenal Bumi Kenyalang, Dayang Nurfaizah menjadi pelari pertama membawa obor itu dengan diringi sekumpulan anggota tentera dari Markas 1 Divisyen Infantri Tentera Darat Malaysia.

Obor berkenaan akan diterbangkan ke ibu negara esok dan Snowdan akan membawanya ke Perlis sebelum menyerahkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, di Kangar, pada Khamis.

"Kita bangga menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang dipilih untuk menyertai larian membawa obor ini dan kita berharap atlet yang mewakili negara khususnya dario Sarawak agar berjuang habis-habisan untuk meraih kejayaan buat negara," kata Abdul Karim. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :