Wartawan Dikecam, Lawak Bodoh Mangsa Kebakaran


SEORANG wartawan Sky News telah dibidas ramai selepas membuat lawak bodoh kepada seorang budak sekolah yang baru kehilangan rumah dalam satu kebakaran bahawa budak itu tidak perlu pergi ke sekolah disebabkan tragedi berkenaan.

Lawak bodoh oleh Mark White itu telah menyebabkan dia diberikan dengan pelbagai gelaran oleh netizen.

Ketika itu Mark sedang menemubual nenek budak berkenaan, Ruks Manudu, yang berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran besar yang memusnahkan keseluruhan pangsapuri Grenfell Tower di Barat London.

Kebakaran itu berlaku di bangunan setinggi 27 tingkat pada awal pagi semalam.

Temu bual berkenaan diadakan di sebuah tempat perlindungan sementara.

Ketika itu Manudu menceritakan bagaimana dia dan cucunya menyelamatkan diri dengan keluar dari bangunan terbabit.

Jelas Manudu, dia tersedar pada pukul 1 pagi apabila mendengar bunyi siren bomba dan terus mengejutkan cucunya.

Ketika itulah Mark berpaling kepada cucu Manudu dan membuat lawak bodoh itu.- Mynewshub.cc

Subscribe to receive free email updates: